CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hebat Betul! - Neelofa Terima Anugerah Antarabangsa Pula

8-10-2019 11:12 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2632| Komen: 5|Original author: natrahn

Pengacara popular Neelofa menerima anugerah bagi kategori usahawan untuk anugerah berprestij antarabangsa di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco 5 dan 6 Oktober lalu.

Anugerah Influencer Awards 2019 Monaco ini direalisasikan Pauline Ducruet, anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.


Kredit Foto - Instagram Neelofa

Neelofa teruja dengan anugerah ini kerana setiap pemenang dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia dan turut memuat naik entri mengenainya di instagram peribadi beliau.


"Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.

"Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa," katanya memetik laporan Harian Metro

Instagram Neelofa dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat dan rakan artis yang turut berbangga dengan pencapaian Neelofa itu.


Kredit foto: Instagram Neelofa

Sejak bergiat aktif dalam bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan keutamaannya terhadap fesyen sederhana (modest fashion) membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia di persada dunia.

Kejayaan demi kejayaan dikecapi Neelofa atas usaha kerasnya itu. Tahniah Neelofa! - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 8-10-2019 11:18 AM
Monaco yer..
Quote natrahn 8-10-2019 11:25 AM

yer ...anugerah internationale
Quote boojaat 8-10-2019 02:05 PM
i mampu ketawa jer ... Recognition katanya... Bkn berbayar kan...
Quote aemon 8-10-2019 03:28 PM
sory jahlop..you lagi cantik dalam busana putih dari baju bentuk kompang.
Quote JunkMail 8-10-2019 03:45 PM
Modest fashion - fesyen sederhana? Ye ke ni? Mcm tak berapa kena je

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.069853 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top