Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun 'body shaming' termasuk sebagai salah satu kategori buli. Memang tidak kelakar apabila seakan menghina bentuk fizikal orang lain apatah lagi di televisyen.
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad nampaknya dikecam lagi apabila baru-baru ini menerusi program realiti Big Stage 2 telah bergurau "Aku dapat complaint stage berat sebelah" yang berunsurkan 'body shaming' terhadap pengacara Sherry Al- Hadad. Nabil muncul bagi mempromosikan rancangan kendaliannya Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu yang akan bermula 13 Oktober nanti. Sempat juga dia 'bergurau' kasar tu. Sekali lagi, tindakan pantas Alif Satar yang mengawal keadaan bertindak melindungi rakan pengacaranya itu dipuji netizen. Memang seorang lelaki budiman. Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadab. Benar kata netizen, dah boleh rasanya berhenti untuk membuat lawak berkaitan fizikal seseorang. Dah basilah lawak-lawak macam ini. Budaya 'body shaming' ini sepatutnya tidak wujud. Hentikanlah lawak 'body shaming' yang tidak kelakar dan hanya menjatuhkan maruah orang lain. - CARI
|
GegarVaganja replied at 8-10-2019 11:26 AM
Ganja tau Nabil buat lawak body shaming tu dah dirancang bersama2 Sherry & Alif. Tapi benda macam tu ...
qil replied at 8-10-2019 11:19 AM
Bosan la, pengacara ni takdak skim pencen ka. Mohon pencen awal haji nabil ya.
qil replied at 8-10-2019 03:19 AM
Bosan la, pengacara ni takdak skim pencen ka. Mohon pencen awal haji nabil ya.
JiEunTak replied at 8-10-2019 03:33 AM
Nabil is an IDIOT.
Period.
GegarVaganja replied at 8-10-2019 11:26 AM
Ganja tau Nabil buat lawak body shaming tu dah dirancang bersama2 Sherry & Alif. Tapi benda macam tu ...
noor2 replied at 8-10-2019 11:34 AM
Nabil ni bukan educated. ..spm ja kan. ..biasa yang low educated ni tak.reti nak jaga perasaan orang ...
GegarVaganja replied at 8-10-2019 11:26 AM
Ganja tau Nabil buat lawak body shaming tu dah dirancang bersama2 Sherry & Alif. Tapi benda macam tu ...
ADVERTISEMENT