Pengasas kosmetik Datuk Alha Alfa telah melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang yang bertempat di Dewan MinDef, Kuala Lumpur baru-baru ini. Namun, dalam kemeriahan itu, sesuatu telah terjadi dan tidak diingini apabila kek yang bernilai RM5 ribu tumbang secara tiba-tiba.
Difahamkan kek perkahwinan yang setinggi hampir 2 meter itu nyaris-nyaris terkena tetamu yang hadir. "Kek itu direka dengan binaan kaca dan sepatutnya diletakkan di pentas berputar di hadapan pelamin. Tapi disebabkan terlalu berat, pengurus majlis ubah lokasi dan letak di sudut yang sesuai supaya orang ramai mudah untuk mengambil gambar. "Entah macam mana, semasa kami bergambar tiba-tiba kek jatuh. Nasib baiklah kek itu jatuh di belakang kami dan tak ada tetamu di kawasan itu," katanya kepada Harian Metro.
Pihak pengurusan majlis yang menyediakan kek tersebut telah pun menghubungi Alha sekeluarga untuk permohonan maaf. Alha menganggap kejadian yang menimpanya ini sebagai ujian daripada Allah. Semoga semuanya lancar buat mereka. Untuk rekod, Alha bernikah dengan gadis pilihannya Noor Azlin Ismail, 23 di Taiping Perak pada 28 September lalu. - CARI |
LadyCarefree replied at 8-10-2019 11:49 AM
Saper hauk ni? Semua ponder kosmetik millionaire hasil jual produk timbang kilo je kah?
chicozinn replied at 8-10-2019 11:31 AM
buruknya tudung gambar last tu
LadyCarefree replied at 8-10-2019 11:49 AM
Saper hauk ni? Semua ponder kosmetik millionaire hasil jual produk timbang kilo je kah?
jijilaaa replied at 8-10-2019 11:56 AM
aku pun confius, dia punya produk ni timbang kilo yang di packing dlm botol nampak mcm mahal kah?
...
LadyCarefree replied at 8-10-2019 11:49 AM
Saper hauk ni? Semua ponder kosmetik millionaire hasil jual produk timbang kilo je kah?
Bumbu replied at 8-10-2019 11:54 AM
Kawen juta2 still nmpk PPRT. Iklan dia kat tv sangat lahhh turnOFF
ADVERTISEMENT