Adam (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang daripada 'bekas' penduduk negara Malaysia yang terjerat dengan janji palsu mengenai status passport Rakyat Seberang Laut British yang dimiliki oleh mereka membolehkan individu ini menjadi rakyat Britain yang sah.
Mereka ini diyakinkan akan mendapat kerakyatan negara Britain jika membuang kerakyatan negara Malaysia. Namun, buat Adam, walaupun telah menetap selama 6 tahun di Britain, dia masih belum mendapat status penduduk tetap sehingga kini. Pada tahun 2011, Adam dikejutkan dengan berita bahawa beliau akan dibuang negeri ke Malaysia walaupun kesnya belum selesai. Adam tahu, Malaysia tidak akan menerima dirinya pulang kerana dia sudah membuang kerakyatan tanah airnya.
Walaupun Adam telah menjelaskan bahawa dirinya pemegang passort Rakyat Seberang Laut British, yang merupakan salah satu tinggalan zaman silam hasil penjajahan UK, penguatkuasa sempadan tetap berkeras mengeluarkan dia dari Britain. Dia kemudian diiringi 3 orang pegawai dan berlepas ke Malaysia. Dan seperti yang dijangka, kerajaan Malaysia tidak membenarkan Adam masuk ke Malaysia gara-gara tindakannya membuang kerakyatan pada tahun 2005. Setelah mendengar nasihat daripada dua orang peguam dan Kedutaan Tinggi Malaysia, kini Adam menyesal mengenai tindakannya dulu. Kini, Adam dianggap sebagai 'tiada kerakyatan' dan Staf Pejabat Dalam Negeri mengesahkan individu-individu ini 'terperangkap' kerana Malaysia enggan membenarkan mereka masuk semula ke dalam negara manakala Kerajaan UK enggan memberikan mereka sebarang status kerakyatan. Ini menyebabkan hidup mereka sukar kerana tidak dapat mencari rezeki kerana hanya bekerja dalam bidang yang tidak melayan mereka dengan adil dari segi hak pekerja dan sebagainya. Malah, kini mereka terpaksa bergantung dengan belas ihsan rakan-rakan dalam mendapatkan tempat tinggal. Malah, sesetengah mereka ditahan di pusat imigresen dan dibebaskan kerana tiada individu atau prospek dapat mengeluarkan mereka. Bagi Yan Kit (42) bukan nama sebenar, dia tiba di UK pada tahun 2001 untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Sama seperti Adam, dia membuang kerakyatan negara Malaysia pada tahun 2006 setelah diyakinkan akan mendapat kerakyatan Britain. Kini, impiannya cuma ingin kembali ke Malaysia untuk hidup bersama isterinya namun dia diberitahu tiada peluang dan jalan baginya untuk kembali ke Malaysia. Tanpa status warganegara UK, kini Yan Kit menumpang di rumah bapa saudaranya dan pernah cuba mencari rumah sewa namun gagal kerana status kerakyatannya. Dia juga pernah diserbu oleh Jabatan Imigresen ketika sedang bekerja dan sejak itu dia tidak dibenarkan bekerja lagi. Dia kini hanya duduk di rumah dan diminta melapor diri di agensi Sempadan UK pada setiap bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Malaysia untuk melawat isterinya dengan VISA, namun tempoh dibenarkan hanya sebulan dan menelan kos yang sangat besar. "Jika saya boleh dapat kembali kerakyatan Malaysia, saya ingin kembali.." Menurut seorang lagi mangsa, Liew Teh (bukan nama sebenar) yang kini tinggal di Telford, kehidupannya terhenti sejak mengambil keputusan membuang warganegara tersebut. Walaupun belajar hingga peringkat Ijazah, kehidupannya hancur kerana tidak dapat mengejar cita-cita dan tidak dapat membuat hubungan dengan sesiapa kerana semuanya tersekat. Kini dia cuba menyelesaikan masalah ini sendiri dan hanya dengan sebaran media, suaranya serta ratusan individu lain dapat didengari. Jurucakap Pejabat dalam Negeri berkata, mereka akan bekerjasama dengan BOC dari Malaysia yang ingin mengetahui status kerakyatan mereka. - CARI |
nusaraya replied at 6-10-2019 09:30 AM
Kasih baliklah menjadi warga Malaysia lagi...boleh menambah lebih banyak penduduk Malaysia ....
nusaraya replied at 6-10-2019 09:30 AM
Kasih baliklah menjadi warga Malaysia lagi...boleh menambah lebih banyak penduduk Malaysia ....
nusaraya replied at 6-10-2019 01:30 AM
Kasih baliklah menjadi warga Malaysia lagi...boleh menambah lebih banyak penduduk Malaysia ....
nusaraya replied at 6-10-2019 09:30 AM
Kasih baliklah menjadi warga Malaysia lagi...boleh menambah lebih banyak penduduk Malaysia ....
jazaa100 replied at 6-10-2019 09:38 AM
Org mcm ni balik msia tak pe lagi....
Indon mcm kau yg menyemak kat sini tu lagi buat sakit mat ...
matchstick replied at 6-10-2019 11:17 AM
Tiber pakai nama samaran 'adam'.. Dh sah2 lah set jinjang semua ni. Letak lah nama acong ke, abeng k ...
ADVERTISEMENT