Dua anggota polis dihukum penjara 14 hari pada Selasa minggu lalu susulan penularan video mereka memakai kasut di dalam sebuah masjid di Makassar. Menurut TribunNews, jurucakap polis Dicky Soendani berkata, dua anggota lengkap beruniform memasuki masjid berkenaan dengan memakai kasut ketika menahan mahasiswa Indonesia yang terbabit dalam tunjuk perasaan. Tindakan tatatertib itu diputuskan selepas pihaknya melakukan siasatan berhubung kejadian. Katanya, mereka sudah memohon maaf dan sedia bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Difahamkan, kejadian pada 24 September lalu berlaku ketika protes membantah pindaan Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (RKUHP) atau kod jenayah baru dan beberapa rang undang-undang lain di sekitar Dewan Perhimpunan Sulawesi Selatan. - CARI
|
Kurex replied at 4-10-2019 03:51 PM
Kalau tak tanggalkan, sempat la jongos2 tu lari.. Tau la kena utamakan kebersihan masjid. Masjid bol ...
iloveselangor: Nabi Muhammad melarang menyerang warga YG berlindung di Rumah ibadat.
clarizsa: Hmmmmm tak taula nak komen cmne sbb i ada ayat negatif so baik xyah komenlah
nono86 replied at 6-10-2019 06:45 PM
Budak sekolah kat kampung aku ni, nak ponteng sekolah, lepastu pegi lepak dalam surau kampung yang t ...
ADVERTISEMENT