Seorang peguam yang mempunyai pengalaman mengendalikan kes nafkah anak di mahkamah berkongsikan pendapatnya mengenai kebanyakan kes lelaki beristeri dua yang sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berbuat demikian.
Membincangkan sebuah kes yang dibicarakan di sebuah mahkamah di Selangor, peguam Suriati Abdul Ghani mengatakan seorang lelaki beristeri dua membuat permohonan untuk memberikan nafkah RM180 sebulan sahaja kepada isterinya. Memperincikan perbelanjaan RM180 itu, lelaki itu mengatakan antaranya; belanja makan hanya RM2 (tiga kali sehari), pakaian RM20 sebulan dan perbelanjaan sekolah RM100 sebulan. 'Kebanyakan kes memohon kahwin dua di mahkamah syariah, bapa mengatakan mampu sedangkan selalu bagi RM180 sahaja kepada bini pertama, jadi tugas isteri pertama buktikan dan cari dokumen dan saksi buktikan, buat bantahan ' kata beliau lagi. 'Ada yang kata RM2 sarapan cukup, sedangkan zaman sekarang air sahaja dan RM1, nugget tiga ketul RM1, anak-anak perlukan makanan berkahsiat' tambahnya. 'Jadi kalau ada bapa-bapa yang nak menambah tanggungan, tanggungan lama jangan dipotong' ujarnya lagi. Bagaimanapun, perkongsian daripada peguam itu mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada netizen. Kebanyakan daripada persoalan yang dikemukakan ialah mengapa si isteri pertama pula yang kena bersusah payah membuktikan suaminya tidak mampu berkahwin dua. 'Kenapa pula si ibu yang perlu buktikan, kenapa bapa tu tak perlu buktikan dia mampu? Senanglah kerja lelaki' soal netizen. Persoalan itu turut dijawab oleh peguam tersebut. Ramai juga yang mengeji perlakuan bapa yang tidak mementingkan anak-anak sedangkan kemudian hari, merekalah yang suka mengemis kasih sayang daripada anak-anak. Tidak kurang netizen yang berkongsi pengalaman yang sama di mana suami memohon untuk berkahwin dua walaupun tidak mampu. Beberapa di antaranya memilih untuk berpisah dan menuntut hak sepencarian. Semoga perkongsian ilmu daripada peguam ini akan membantu ramai wanita memahami hak mereka sekiranya si suami memohon untuk berkahwin lagi satu.- CARI |
q@2a replied at 5-10-2019 11:12 AM
Yang dah bercerai mmg dah sedia maklum akan ada bekas suami yang culas bagi nafkah, bukan semua cula ...
iloveselangor replied at 5-10-2019 09:48 AM
Hate your religion.
ADVERTISEMENT