CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kecewa Cinta Dipermain Gadis 16 Tahun, Atuk Buat Laporan Polis

7-10-2019 11:42 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9034| Komen: 53|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang warga emas berumur 60 tahun membuat laporan polis kerana merasa cintanya dipermainkan seorang gadis berusia 16 tahun, lapor Harian Metro.


Kredit foto: Harian Metro

Mohd Adnan Hamid yang telah menduda selama 29 tahun berkata, beliau telah mengenali gadis itu selama lapan bulan dan berjanji akan berkahwin setelah menamatkan persekolahan. 

Menurutnya, beliau merasa diperdaya setelah wangnya dikikis sebelum ditinggalkan apabila gadis itu menemui kekasih baru.

Menurutnya lagi, mereka berkenalan di sebuah kedai makan Februari lalu dan mula berhubungan melalui SMS. 


Kredit foto: Harian Metro

Awalnya, hubungan itu hanyalah ibarat datuk dan cucu, kemudian bertukar menjadi cinta sehingga beliau sanggup menjadi penjaga kepada gadis itu memandangkan gadis berkenaan terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan di masa cuti untuk menampung perbelanjaan.

Bagaimanapun, Mohd Adnan merasa terkejut kerana baru-baru ini, gadis itu meminta untuk memutuskan hubungan memandangkan dia telah menemui teman lelaki baru.


Kredit foto: Harian Metro

Merasa diperdaya, Mohd Adnan membuat laopran polis untuk mendakwa gadis itu kerana dikatakan telah mengikis wangnya, menghinanya dan mempermainkan perasaannya.

Sebaiknya beliau move on sahaja daripada gadis ini kerana bunga bukan sekuntum, lagipun usianya tidak sepadan dengan beliau. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • wilsh10


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainashiqa 7-10-2019 11:49 AM
Hahaha! Atok2.. Duduk kt rumah beribadat lg baik atok oii
Quote chicozinn 7-10-2019 11:57 AM
ni kan kes tahun lepas ke dua tahun lepas n da penah bukak benang...apooo la
Quote sarah82 7-10-2019 12:00 PM
Atuk ni sedar tak dia bgtau sedunia yg dia pedo? Umur 60 bercinta dgn budak bawah umur?

Wowwwwwwwww
Quote matchstick 7-10-2019 12:07 PM
betul ke umur 60...mcm umur 80-an je rupa gitu.
Quote thetimes 7-10-2019 12:12 PM
Hehe....atuk pun..taste tak mau kalah...cari la yang sesuai sikit
Quote epuepy 7-10-2019 12:22 PM
Adoi atok. Baik Lagy guna duit tu gi mekah balik hari. Sah2 la pempuan tu cma nk pergunaan atok je.

Btw,  makin bnyk la keje pulis nk handle kes2 lemau mcm ni.  
Quote Mina2215 7-10-2019 12:36 PM
Atuk ni boleh disabitkan jadi pedophile tak. Bawah umur lagi budak tu walaupun dah boleh kawen. Beza umo 44 tahun
Quote Mfzg89 7-10-2019 01:07 PM
move jela tok oi..yg muda encem2 kena game nikan pula atuk.. hahahaaahaaaaa

kurex x minat atok ni ke?
Quote Kyra_Lydia 7-10-2019 01:17 PM
Selayaknya lah atok...

ni kalau jd bf nak panggil baby pun mcm x kena
Quote whadda 7-10-2019 01:39 PM
move on je la tok.. bawak diri pegi mengaji
Quote Jentayupink 7-10-2019 01:54 PM
yihhhh rumah kata pergi kubur kata mari... cr jelah org len...yg hensem memudapon d tgglkn nikan takat atuk adoiiiii duniya duniya
Quote Perawankota 7-10-2019 01:57 PM
Adoi atok.. anggap jer lah cucu sendiri.. malu ke org
Quote saviour_09 7-10-2019 02:49 PM
amboi atok

high taste nak pucuk muda je

kan dah kena getah nya



Quote mieymiey 7-10-2019 03:12 PM
HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Tak tau nak kesian ker nak gelak, tapi iols dah gelak dulu
Quote sudahlah 7-10-2019 03:18 PM
bertabahlah tok .
Quote watie_na 7-10-2019 03:21 PM
tak berselera aku. huhu

Patutnya bila dia tengok cermin pagi2 dia dah sedar diri
Quote delsmomm 7-10-2019 03:23 PM
okay ini kelakar..

Quote palmolive 7-10-2019 03:24 PM
ntah2 ni antara perkara dalam bucket list atok
Quote Melorqe 7-10-2019 03:46 PM
GF atok tu muda belia
mesti dia nak BF yg muda juga
baru boleh main tik tok
kalau dgn atok mana maunya, dah kedut2 , dia pun tak mau upoad gambar kat IG.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047401 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top