CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Di Akhirat Tak Ditanya Pun Nama Setiap Anggota Kumpulan Yang Anda Taasubkan"- Alif Satar

4-10-2019 11:15 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 14832| Komen: 116|Original author: Oleh: Myeonir

Minggu lepas, heboh betul dengan kisah kumpulan Korea BTS memenangi Anugerah Artis Korea Popular sehinggalah kes ARMY yang menghentam Alif Satar kerana kononnya, dia salah memberi fakta mengenai jumlah anggota kumpulan itu pada pentas Big Stage 2019 selepas persembahan Hanbyul.


Walau bagaimanapun, Alif yang merupakan antara pengacara pelapis masa kini yang disukai ramai kerana kepetahannya, tidak mudah melatah dan ambil serius mengenai kritikan peminat BTS itu. 

Cumanya dia berpesan agar tidak terlalu taasub apabila meminati mana-mana artis.


Kredit foto: Instagram

"Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius. Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Tapi, dalam pada kita meminati seseorang artis atau kumpulan seperti BTS ini, janganlah sampai berlaku pergaduhan. Jangan jadi terlalu sensitif dan taasub," katanya kepada Harian Metro.


Dia juga menjelaskan bahawa situasi itu baginya sangat lucu dan menjadi hiburan kepadanya.

"Bagi saya secara peribadi, apa yang berlaku itu sangat kelakar. Ada yang menghentam dan ada juga 'army' menyokong saya kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun," katanya.


Kredit foto: Blog

Alif Satar juga telah meninggalkan kata-kata berunsur semangat yang 'pedas' kepada peminat yang terlampau fanatik dengan artis kegemaran mereka itu.

"Tak perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat, takkan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang anda taasubkan itu," tambahnya.

Tak salah langsung kalau nak minat artis, tapi biarlah bersederhana dan waras. - CARI
2

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • noriz006


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-10-2019 11:23 AM
Ntahnya.. Tak payah taksub sgt
Quote MissCarcosa9753 4-10-2019 11:26 AM
Wwwwiiiiiiinnnnnnn Tapi adalah jawapan army tu
Quote thetimes 4-10-2019 11:46 AM
Betul tu...nak minat tak salah.Ni over sangat
Quote yuhuu 4-10-2019 11:52 AM
Army bodoh BTS ni sama ja konsep taksub depa macam pentaksub jah ronsen. Ada jer la jawapan depa tu karang demi nak justify sifat taksub tu.
Quote jijilaaa 4-10-2019 12:15 PM
ak pun tak paham mcm mana org boleh taksub dgn artis. ak setakat dengar lagu 2-3 kali lepastu lupa p dah.
Quote TalibanRock 4-10-2019 12:15 PM
ape yang acik kepam BTS naik pentas terhegeh2 menari tu nak jawab ehhhh???
Quote siq 4-10-2019 12:19 PM
para army bodoh matematik mesti cakap alif main 'agama card'

salah satu sebab yg put me off of segala kpop kdrama n ksegala adalah fans meker..... serious la, heran tengok mereka2 ni

semoga segala musim/trend kpop ni habis la cepat... hati runsing tengok manusia2 plastik berwajah jambu
Quote cikatilia 4-10-2019 12:24 PM
fanatik level obses
jenis apa2 jadi dekat grup tu effect kehidupan secara menyeluruh

ujung2 dah tua besok malu sendiri (kot la sedar.. kalau tak sedar naik stage pakai suo sendat)
Quote deathacker 4-10-2019 12:35 PM
X tau pun bts tu apa. Rupanya kmpln kpop.
X minat sbnrnya segala pop2 ni.
Quote fa1982 4-10-2019 12:42 PM
Burnnnnn..bagus alif!
Quote wannoorazlina 4-10-2019 01:00 PM
deathacker replied at 4-10-2019 12:35 PM
X tau pun bts tu apa. Rupanya kmpln kpop.
X minat sbnrnya segala pop2 ni.

ais krim pop mesti minat kan?
Quote famri7 4-10-2019 01:01 PM
Bts who are yus..tp alif satar pun sama jah di akhirat elohim cashkan kau juga diatas maksiat so..satu kandang jah dgn bts di neraka.
Quote julielapadite 4-10-2019 01:22 PM
geli jenis yang over-fanatic. relax suda...
Quote Lelli 4-10-2019 01:27 PM
Win Aliff..
X sabar nk tunggu Army jwb apa plk..
Ke dh burn terus...
Quote Megikari 4-10-2019 01:51 PM
Nengok gambar bts tu, apesal sepesen je muka diorang? Copy paste templet plastic surgery ke apa?
Quote chandrahusin 4-10-2019 01:52 PM
betul tu Alif
sekali dgn pentaksub artis kat Malaya pun
begaduh2 dr mula aku join Cari
smpai la tak sudah2 lagi memback up artis pojaan
Quote airmineral 4-10-2019 01:52 PM
ARMY?
baik korang yang konon2 army ni p masuk askar betul2
BTS tu bukan kenal korang pom
Quote seri_mawr 4-10-2019 02:47 PM
over sgt la army2 ni....

entah apa2...
tak faham aku....
Quote kiyudi 4-10-2019 03:22 PM
tim alif sattar...

k bai.....


rgds,
kiyudi - anti kpop forever

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064350 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top