“Tanpa notis dan tanpa tujuan yang jelas, mereka datang dengan mengejut seolah-olah saya seorang penjenayah. Pada hal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun."
Itulah yang dikatakan oleh Pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat yang kesal apabila pejabatnya diserbu sekumpulan kakitangan KKM semalam. Malah, serbuan itu dilakukan tanpa membawa notis serbuan dan tidak menyatakan tujuan jelas ia dilakukan di pejabatnya di Plaza Damansara. “Saya berasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan muda yang seperti gila kuasa,” tulisnya menerusi status di Facebook.
Katanya lagi, seharusnya pihak berkuasa menghubunginya terlebih dahulu dan menjelaskan kesalahan yang dilakukan. "Tetapi perkara sebaliknya berlaku, mereka menyerbu sehingga keadaan pejabat saya kucar kacir dan tidak menjumpai apa-apa bukti kesalahan saya. “Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar mereka ke atas kakitangan dan pejabat saya,” ujarnya. Tambahnya, pada tahun 70-an dan 80-an, dia bersama rakan doktor yang lain telah berkhidmat bertungkus lumus tanpa mengira masa dan gaji. "Saya juga telah berkhidmat dengan KKM sebelum kakitangan yang membuat serbuan ini belum lahir ke dunia lagi,” katanya, kesal. - CARI
|
fofuler replied at 3-10-2019 06:29 PM
Ada orang report something ke pasal klinik dia? Takkan KKM saja serbu kan
Jiddin replied at 3-10-2019 06:52 PM
Adakah Dr Hamid ada affliatekan diri dgn geng2 doula?
Aku rasa staff kkm yg mai wat keja tu tak k ...
ADVERTISEMENT