CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Bas Maut Rempuh Tiang

7-10-2013 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5144| Komen: 27

Kemalangan bas: 'Mujur ubah tempat duduk'



SERDANG - “Saya bersyukur kerana gerak hati untuk menukar tempat duduk dalam bas menjadi penyelamat kepada saya,” kata Ronald Morris.

Dia seorang daripada 17 penumpang bas ekspres yang terselamat selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), awal pagi semalam.

Warga Amerika Syarikat itu berkata, sebelum dia menaiki bas terbabit dari Singapura, tempat duduknya adalah di bahagian depan kenderaan itu.

Bagaimanapun dia meminta kebenaran daripada pemandu bas untuk duduk di bahagian belakang kerana mahu berehat, selain perjalanan juga mengambil masa yang panjang.

“Saya lega tindakan saya menukar tempat duduk sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa.

“Jika tidak, pasti kecederaan yang saya alami lebih teruk atau saya juga mungkin terkorban,” katanya yang sebelum ini kerap melancong di banyak negara Asia termasuk Korea dan Jepun.

Kemalangan tersebut menyebabkan Morris patah kaki kiri dan mengalami kecederaan di bahagian perut.

Menurutnya, kemalangan tersebut merupakan kemalangan pertama dialaminya sepanjang dia melancong.

“Ini kali pertama saya terlibat dalam kemalangan sebegini dan merupakan pengalaman paling ngeri serta tidak akan dapat saya lupakan.

"Saya belum dapat menghubungi keluarga kerana telefon bimbit hilang selepas kemalangan," katanya yang juga seorang pesara.




Pemandu bas maut, 2 penumpang parah nahas

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas maut manakala 18 penumpang cedera termasuk dua parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di KM21.1 Putrajaya arah Utara, Lebuh Raya Elite.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, kemalangan pada jam 2 pagi itu melibatkan bas ekspres yang membawa 18 penumpang dan dalam perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang.

Pemandu bas itu, Ibrahim Ahmad, 58, mati ketika dirawat di Hospital Serdang pada jam 1.45 tengah hari, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati bas itu hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar besi pembahagi jalan dan sebuah papan tanda di lebuh raya itu, menyebabkan pemandu bas tersepit di tempat duduk pemandu.

Dua penumpang yang parah ialah rakyat Amerika Syarikat Morris Oldham, 60, yang cedera di kepala dan perut dan kini dirawat di Hospital Serdang dan Loh Ah Yuen, 51, yang cedera di kepala dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Pihak Kedutaan Amerika Syarikat telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu," kata Nordin.

Beliau berkata 16 penumpang yang cedera ringan pula terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an. Kesemua mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, Oldham yang ditemui di Hospital Serdang berkata ketika kejadian semua penumpang sedang tidur dan dikejutkan dengan bunyi berdetar di luar bas itu.

"Apabila sedar, saya mendapati saya tersepit di cermin bas...nasib baik ada beberapa penumpang lain membantu saya," katanya.

Oldham, ahli perniagaan dari Boston, berkata beliau hilang telefon bimbitnya menyebabkan beliau tidak dapat menghubungi isteri dan anggota keluarga lain.   

"Saya kini hanya mengharapkan kedutaan Amerika Syarikat untuk menghubungi mereka," katanya yang tiba di negara ini Khamis lepas untuk bercuti selama enam hari di Pulau Pinang.

"Kali terakhir saya hubungi isteri ialah pada pukul 9 pagi semalam dan saya memberitahunya saya tidak sabar untuk ke George Town, Pulau Pinang kerana saya amat suka akan tempat itu," katanya.

Adik pemandu bas berkenaan, Yunus Ahmad, 46, berkata dia hanya mengetahui abangnya terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi selepas dimaklumkan oleh anak saudaranya.

"Saya akan bawa pulang jenazah ke Ipoh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Seri Rapat, Ipoh," katanya.   

Beliau berkata arwah yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu telah berkhidmat dengan syarikat bas berkenaan lebih 10 tahun dan merupakan seorang pemandu yang berhemah.

"Kalau ada percutian keluarga, pasti dia akan jadi pemandu untuk seisi keluarga," katanya sambil memberitahu arwah meninggalkan isteri dan tiga anak lelaki berusia 20-an. - Bernama











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 7-10-2013 08:41 AM
Kemalangan bas: 'Mujur ubah tempat duduk'



SERDANG - “Saya bersyukur kerana gerak hati untuk menukar tempat duduk dalam bas menjadi penyelamat kepada saya,” kata Ronald Morris.

Dia seorang daripada 17 penumpang bas ekspres yang terselamat selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), awal pagi semalam.

Warga Amerika Syarikat itu berkata, sebelum dia menaiki bas terbabit dari Singapura, tempat duduknya adalah di bahagian depan kenderaan itu.

Bagaimanapun dia meminta kebenaran daripada pemandu bas untuk duduk di bahagian belakang kerana mahu berehat, selain perjalanan juga mengambil masa yang panjang.

“Saya lega tindakan saya menukar tempat duduk sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa.

“Jika tidak, pasti kecederaan yang saya alami lebih teruk atau saya juga mungkin terkorban,” katanya yang sebelum ini kerap melancong di banyak negara Asia termasuk Korea dan Jepun.

Kemalangan tersebut menyebabkan Morris patah kaki kiri dan mengalami kecederaan di bahagian perut.

Menurutnya, kemalangan tersebut merupakan kemalangan pertama dialaminya sepanjang dia melancong.

“Ini kali pertama saya terlibat dalam kemalangan sebegini dan merupakan pengalaman paling ngeri serta tidak akan dapat saya lupakan.

"Saya belum dapat menghubungi keluarga kerana telefon bimbit hilang selepas kemalangan," katanya yang juga seorang pesara.

Quote miawpink 7-10-2013 08:42 AM
Terkilan pemergian abang



SERDANG - “Saya terkilan sebab hasrat kami memancing bersama selepas Hari Raya Aidiladha nanti tidak tercapai,” kata adik pemandu bas ekspres, Ibrahim Ahmad, 58, yang maut selepas kenderaan dibawanya merempuh papan tanda di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), awal pagi semalam.

Yunus Ahmad, 46, yang ditemui semalam berkata, perancangan memancing sudah lama dibuat tetapi semuanya tidak bermakna lagi kerana abang kesayangannya itu sudah tiada.

Menurutnya, dia terkejut ketika dimaklumkan oleh anak saudaranya tengah hari semalam berhubung kejadian yang menimpa abangnya.

"Ketika itu saya belum tahu status abang dan hanya diberitahu dia mungkin dirawat sama ada di Hospital Putrajaya atau Hospital Serdang.

"Saya terus hubungi kedua-dua hospital terbabit sebelum dimaklumkan abang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang," katanya.

Yunus berkata, dia bersama isteri dan anak-anak segera bergegas ke hospital, namun mereka tiba lewat 15 minit apabila abangnya disahkan meninggal dunia pada 1.45 petang semalam.

“Berita itu sangat mengejutkan kerana saya berharap sekurang-kurangnya dapat berjumpa dan bercakap dengannya, tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat Hospital Serdang, semalam.

Katanya, dia dan abangnya itu sememangnya gemar memancing sehingga pernah memancing sehingga ke Perlis.

"Memancing bukan sekadar hobi kami tetapi adalah rutin setiap kali kami sekeluarga berkumpul.

"Biasanya abang akan ambil cuti beberapa hari jika merancang untuk pergi memancing," katanya.

Malah katanya, kehilangan abangnya itu amat dirasai lebih-lebih lagi Allahyarham seorang bertanggungjawab malah seorang yang berhati-hati ketika memandu.

Beliau berkata, apabila mendapat tahu berhubung nahas itu, dia sangat terkejut kerana Allahyarham sudah berpengalaman membawa bas ekspres sejak lebih 10 tahun lalu.

“Setahu saya, dia juga tak pernah ada penyakit kronik seperti sakit jantung. Cuma kali terakhir saya hubungi dia minggu lalu, dia maklumkan sedang demam,” katanya.

Sementara itu, jenazah Ibrahim yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu sudah dituntut untuk dibawa pulang ke Sungai Rokam, Ipoh, Perak untuk dikebumikan malam ini (semalam).

Ibrahim meninggalkan seorang isteri serta tiga anak lelaki berusia lingkungan 20-an.


sumber- sinar harian
Quote miawpink 7-10-2013 08:42 AM
Pemandu bas maut, 2 penumpang parah nahas

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas maut manakala 18 penumpang cedera termasuk dua parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di KM21.1 Putrajaya arah Utara, Lebuh Raya Elite awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, kemalangan pada jam 2 pagi itu melibatkan bas ekspres yang membawa 18 penumpang dan dalam perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang.

Pemandu bas itu, Ibrahim Ahmad, 58, mati ketika dirawat di Hospital Serdang pada jam 1.45 tengah hari, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati bas itu hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar besi pembahagi jalan dan sebuah papan tanda di lebuh raya itu, menyebabkan pemandu bas tersepit di tempat duduk pemandu.

Dua penumpang yang parah ialah rakyat Amerika Syarikat Morris Oldham, 60, yang cedera di kepala dan perut dan kini dirawat di Hospital Serdang dan Loh Ah Yuen, 51, yang cedera di kepala dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Pihak Kedutaan Amerika Syarikat telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu," kata Nordin.

Beliau berkata 16 penumpang yang cedera ringan pula terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an. Kesemua mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, Oldham yang ditemui di Hospital Serdang berkata ketika kejadian semua penumpang sedang tidur dan dikejutkan dengan bunyi berdetar di luar bas itu.

"Apabila sedar, saya mendapati saya tersepit di cermin bas...nasib baik ada beberapa penumpang lain membantu saya," katanya.

Oldham, ahli perniagaan dari Boston, berkata beliau hilang telefon bimbitnya menyebabkan beliau tidak dapat menghubungi isteri dan anggota keluarga lain.   

"Saya kini hanya mengharapkan kedutaan Amerika Syarikat untuk menghubungi mereka," katanya yang tiba di negara ini Khamis lepas untuk bercuti selama enam hari di Pulau Pinang.

"Kali terakhir saya hubungi isteri ialah pada pukul 9 pagi semalam dan saya memberitahunya saya tidak sabar untuk ke George Town, Pulau Pinang kerana saya amat suka akan tempat itu," katanya.

Adik pemandu bas berkenaan, Yunus Ahmad, 46, berkata dia hanya mengetahui abangnya terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi selepas dimaklumkan oleh anak saudaranya.

"Saya akan bawa pulang jenazah ke Ipoh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Seri Rapat, Ipoh," katanya.   

Beliau berkata arwah yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu telah berkhidmat dengan syarikat bas berkenaan lebih 10 tahun dan merupakan seorang pemandu yang berhemah.

"Kalau ada percutian keluarga, pasti dia akan jadi pemandu untuk seisi keluarga," katanya sambil memberitahu arwah meninggalkan isteri dan tiga anak lelaki berusia 20-an. - Bernama


sumber- sinar harian
Quote miawpink 7-10-2013 08:44 AM
Driver dies after bus crashes into pillar



KUALA LANGAT: The driver of an express bus died after the vehicle crashed into a traffic sign pillar in an accident that also left 17 of his passengers injured.

In the 3am incident at KM21.1 of the North-South Expressway near Putrajaya yesterday, the bus was heading north when 58-year-old Ibrahim Ahmad lost control of the vehicle.

Ibrahim died at 4pm at Hospital Serdang. An injured passenger, an American by the name of Ronald Morris, was also sent there.

Another passenger, Loh Ah Yuen, 51, was sent to Hospital Kuala Lumpur with head injuries.

Both of them are reported to be in a stable condition.

Kuala Langat OCPD Supt Nordin Manan said police were investigating the cause of the accident, adding that the United States embassy has been notified of Morris’ involvement in the incident.

Quote anizarina 7-10-2013 09:37 AM
my cik abg was there after the accident happened..masa org tgh kelam kabut nk rescue tolong2, ada pulak org dok curi hp org..mmg c****a betul budak2 tu. nak2 yg buat tuh budak2 melayu..sedih sungguh..sbb ramai sgt org, mmg org2 yg tak de otak ni amik kesempatan...haishh..selalu jadi macam ni kan..

btw..mmg teruk accident ni. menurut saksi, bas tu tetiba terhuyung hayang and terus langgar sign board tu. happened ahad pepagi buta Last edited by anizarina on 8-10-2013 06:33 PM

Quote miawpink 7-10-2013 09:46 AM
Quote miawpink 7-10-2013 09:48 AM
1 dies, 17 hurt in bus crash
LOST CONTROL: Vehicle skids and crashes into signage in Elite Expressway

KUALA LUMPUR: ONE person died and 17 others were injured when an express bus lost control and crashed into a signboard at Km21.1 of the Elite Expressway near Putrajaya (north-bound) yesterday.
In the 3am incident, the 58-year-old bus driver, Ibrahim Ahmad was killed while 17 passengers were injured, including an American who was in critical condition.

The bus was travelling from Singapore to Penang.

Kuala Langat police chief Superintendent Nordin Manan said the bus driver was believed to have lost control of the vehicle, causing it to skid and crash into the road signage on the side of the highway.
"The bus driver, who was pinned to his seat, died at 1.45pm yesterday at Serdang Hospital," he said.
Nordin said the driver sustained injuries to his abdomen, hands and legs.
Another passenger, Loh Ah Yuen, 51, sustained severe head injuries.

"The American, Ronald Morris, suffered head and abdominal injuries in the incident.
"Both victims were admitted to Kuala Lumpur Hospital and Serdang Hospital respectively and they are reported to be in stable condition," Nordin said, adding that the other injured passengers were given out-patient treatment at Putrajaya Hospital.

Nordin said they had informed the United States Embassy here of the accident and had updated them on the victim's condition.
He said the Land Public Transport Commission officials had visited the scene of the accident.


Read more: 1 dies, 17 hurt in bus crash - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/gen ... 70681#ixzz2gzrF95gf



Quote Farini 7-10-2013 10:05 AM
http://ondscene.my/kemalangan/bas-ekspress-terbabas-19-cedera





Quote fatehana 7-10-2013 10:09 AM
apa puncanya? bas dibawa laju atau bas ada masaalah?
apa2 pun alfatehah buat mangsa dan takziah buat keluarganya
rs ngeri nak naik bas lg
Quote fatehana 7-10-2013 10:11 AM
anizarina posted on 7-10-2013 09:37 AM
my cik abg was there after the accident happen..masa org tgh kelam kabut nk rescue tolong2, ada pula ...

mmg banyak kali benda yg seperti uols kata ni berlaku
org yg amik tu mmg x bertanggungjawab
dulu ms adik, anak dara dan arwah suami kesiden benda camnie gak berlaku
lps kami dah hantar mangsa ke hospital so adik bongsu dgn kawan2 gie kat keta utk amik brg yg ada dlm tu
henpon, beg duit dan bag laptop sudah dikebas
mmg sungguh x bertanggungjawab org yg amik tue

Quote miawpink 7-10-2013 10:12 AM
Farini posted on 7-10-2013 10:05 AM
http://ondscene.my/kemalangan/bas-ekspress-terbabas-19-cedera

ngeri nya tgk gambo ni
Quote syahoney 7-10-2013 10:15 AM
macam terbang!
Quote Farini 7-10-2013 10:19 AM
miawpink posted on 7-10-2013 10:12 AM
ngeri nya tgk gambo ni

klu tgkkn keadaan depan bus tu, mcm driver tu henjut laju je.


Quote siputsedut 7-10-2013 10:19 AM
takziah kepada semua mangsa..semalam kat buletin utama ada tunjuk video bomba bawak turun pemandu bas..masa tu arwah gerak2 lagi kepala dia...
Quote nurfariezza 7-10-2013 11:30 AM
takziah kpd kluarga mgsa...
Quote saden 7-10-2013 12:07 PM
area tu hujan tak malam tadi? kalau hujan aku saspek bila lalu jalan beralun, bas pun melambung2 last slide atas jalan pasal lopak nlicin.

aku pun tgh mlm tadi drive balik ikut PLUS bawak kereta buruk slip sliding atas jalan pasal licin hujan renyai. skeri-meri jugak.
Quote saladin780 7-10-2013 12:14 PM
ini bawak laju punya pasal la ni
Quote tensic~ 7-10-2013 12:31 PM
jalan ni stret.. sedap memecut.. so kalau tak mengantuk.. laju.. pagi2 ahad aku lalu kat sini.. pelik tengok sign board kemek.. tengok buletin 130 bas langgar rupanya
Quote gujiwa 7-10-2013 12:33 PM
Teruknyyaaaaa......

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.235065 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top