CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Jatuh Dalam Lubang Eskalator, Rapid KL Mohon Maaf

3-10-2019 11:31 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4857| Komen: 33|Original author: Tukang Tulis

Orang ramai membantu wanita yang terjatuh ke dalam lubang di hujung eskalator yang rosak di Stesen KL Sentral baru-baru ini. Kredit foto: Facebook

Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang dialami oleh seorang wanita yang terjatuh ke dalam lubang di hujung sebuah eskalator yang rosak di Stesen KL Sentral pada malam 30 September lalu.

Memetik kenyataan dalam laman Facebook rasmi Rapid KL, wanita tersebut mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat dengan segera.

"Keadaan beliau stabil dan masih di bawah pengawasan pasukan perubatan hospital. 

"Pihak keluarga beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa," kata Rapid KL bagi mengulas mengenai kejadian yang tular dalam media sosial itu.


Stesen KL Sentral (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Dalam perkembangan sama, eskalator yang rosak itu telah diberhentikan perkhidmatan dan kawasan kejadian ditutup manakala polis bantuan ditempatkan bagi menjamin keselamatan penumpang.

Siasatan turut dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan proses itu dijangka mengambil masa seminggu.

"Kerja penyelenggaran eskalator ini dikendalikan oleh Antah Schindler Sdn. Bhd. Berdasarkan rekod, kali terakhir eskalator ini diselenggara ialah pada 28 September 2019.

"Rapid KL akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca," jelasnya.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan (gambar hiasan). Kredit foto: Street Directory
Rapid KL turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan dalaman bagi semua eskalator yang terdapat di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kami memohon maaf atas kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh pengguna," kata Rapid KL.

Tindakan tegas perlu diambil sekiranya berlaku kecuaian bagi mengelakkan insiden yang boleh mengancam keselamatan penumpang itu berulang. - CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 3-10-2019 11:42 AM
Weyhh seram oii, camne maintenance ni {:dot
Quote amyza 3-10-2019 11:50 AM
Kesian dia.
Aritu naik escalator monorel hang tuah, macam tersangkut2. Dah lah tengah2 dah,tinggi pulak tu. Seraammm.
Quote kucingitam 3-10-2019 11:54 AM
F untuk maaf je?
Quote prettyuglybabe 3-10-2019 11:55 AM
dapat pampasan tak?
mesti dia trauma naik eskalator lepas ni..
nak naik lif kena hanjeng pulak dengan mak bapak berstroller gabak anak kat tepi
Quote MissCarcosa9753 3-10-2019 11:56 AM
Maaf je ke
Quote coco 3-10-2019 12:00 PM
apa lagi saman dan mintak la ganti rugi.    main main ngan nyawa orang.
Quote @pplegreen 3-10-2019 12:02 PM
Fobia lepas ni naik eskalator
Quote Artemesiaa 3-10-2019 12:04 PM
Benda kalau tak diselengarakan dengan baik macam iniah jadinya
Quote Supersirap 3-10-2019 12:07 PM
Semoga mangsa mendapat keadilan yang sepatutnya
Quote kechikchomel 3-10-2019 12:07 PM
payung sekali bill hospital orang tu
Quote limans 3-10-2019 12:26 PM
maaf x mencukupi geng.....
Quote armin 3-10-2019 12:33 PM
Kalau kt us saman dpt berjuta ni
Quote djzara81 3-10-2019 12:39 PM
Aku kalo naik escalator pon rasa berdebar2. Terbyg tiba2 runtuh
Quote Ina8895 3-10-2019 01:02 PM
Aduh. Kesian akak tu.
Quote Ina8895 3-10-2019 01:02 PM
Aduh. Kesian akak tu.
Quote Ina8895 3-10-2019 01:02 PM
Aduh. Kesian akak tu.
Quote Ina8895 3-10-2019 01:02 PM
Aduh. Kesian akak tu.
Quote nanies 3-10-2019 01:27 PM
kesian mangsa, alahaii
Quote Pink_Purple 3-10-2019 01:32 PM
perkara melibatkan nyawa ni..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043112 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top