CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sampai Sehari Lahir Dah Muat Naik Gambar Anak, Ada Suara Sumbang Tegur Elfira Loy

3-10-2019 11:59 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 26437| Komen: 166|Original author: Oleh: Myeonir

Seperti diketahui  semua, pelakon Elfira Loy telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertamanya. Ramai kagum apabila melihat Elfira yang kuat melahirkan bayi lelaki seberat 3.68 kilogram walaupun dia bertubuh kecil.


Ramai sungguh yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak sulungnya yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf dan berharap agar anak itu membesar dengan baiknya. Tak kurang juga yang berharap kening bayi itu tebal seperti ibunya!

Usai sahaja bersalin, Elfira dan suaminya terus memuat naik perkhabaran gembira itu kepada para peminat kerana tidak mahu membuat mereka tertunggu-tunggu.



Semua peminat yang dapat melihat sedikit wajah anak lelakinya itu memuji kecomelannya selain menyatakan wajah bayi itu saling tak tumpah dengan ayahnya iaitu Faris.

Selalunya, ibu bapa akan mengelak untuk memuat naik gambar penuh bayi mereka kerana tidak mahu perkara buruk berlaku kepada anak mereka. Walau bagaimanapun, Elfira tanpa segan terus memuat naik foto penuh Rayyan tidak sampai sehari selepas kelahirannya.



Mungkin juga terlalu teruja mahu berkongsi kegembiraan bersama peminatnya, namun ada juga suara sumbang yang menegur perbuatannya sebagai tidak elok.


Kredit foto: Facebook

"Pernah dengar ustaz-ustaz dan ahli agama cakap, kalau boleh bayi yang baru lahir jangan ditayang pada orang ramai sebab ada banyak perkara buruk yang mungkin boleh jadi?

"Awal awal lahir patutnya jangan muat naik gambar bayi... tak elok," komen beberapa netizen.

Kita doakan yang terbaik untuk keluarga ini, harapnya pasangan Elfira dan Faris semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata baru mereka.

Apa pandangan anda mengenai isu ini? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote coconico 3-10-2019 12:10 PM
baby comel! bambamm

tahniah utk elfira & suami
Quote armin 3-10-2019 12:20 PM
Orang kata takut kena ain kan. Artis2 mcm tak kesah je. Lantak deyols la anak deyols.
Quote meteorspeed 3-10-2019 12:24 PM
kali nie aku bekap si pirah niee walaupun dulu aku menyampah tp sebab tue anak dia lantak la dia nak post bila.
Quote ihtisyam1 3-10-2019 12:25 PM
Orang tengah hepi, sejenis plak suka update Kat igs.... Gtule
Quote akuMNdia 3-10-2019 12:25 PM
anak dia...gasak dia la..
Quote binipopeye 3-10-2019 12:30 PM
tak sesabar nk show off... lmbt sgt tunggu sok lusa baru nk post...
ex bf cuma ada anak angkat jerrrr lah katakan...
Quote bambimbom 3-10-2019 12:31 PM
ecah pun mak dia tayang lepas baru je bersalin kan.. kang tak post kene kecam mcm makbpk lara pulak...
Quote Tudungpink 3-10-2019 12:33 PM
Biarla anak dia ..
Quote dekmieDandy 3-10-2019 12:34 PM
alaa yang cakap tak elok upload tu pon sebab viral zaman facebook mula-mula up dulu

sebelum tu orang buat tak tau je
Quote fazila17 3-10-2019 12:34 PM
Sukati la anak dia
Quote Ratutulip 3-10-2019 12:34 PM
alhamdullilah.... apapun anak dia bambam comei
Quote mieymiey 3-10-2019 12:37 PM
Tayang anak kena kecam, tak tayang anak pun kena kecam. Pepandai korang la, anak korang.
Quote prizadane 3-10-2019 12:40 PM
meteorspeed replied at 3-10-2019 12:24 PM
kali nie aku bekap si pirah niee walaupun dulu aku menyampah tp sebab tue anak dia lantak la dia nak ...

Yes, walaupun el ni annoying, iols rasa okay je dia nak upload pic baby dia.

Ke ramai yang jealous sebab baby masing-masing tak cute? Iols ada kawan, mengata orang yang upload pic anak ni. Sekali masa anak 1st, dia memang tak upload langsung sebab anak dia tak berapa nak cute. Bila anak 2nd lahir, mentang putih comel, tak sampai sehari lahir dah upload. Cakap tak serupa bikin
Quote Boomibulat 3-10-2019 12:40 PM
Tunjuk salah x tunjuk salah..
Quote az20 3-10-2019 12:43 PM
netizen ni sume nye x betul kat mate diorg.
Quote rospinki 3-10-2019 12:44 PM
apsal la nama rayyan jugak dia pilih..nama rayyan dh koman sgt dikalangan marhein
teloncat sana teloncat sini
Quote Suchi 3-10-2019 12:45 PM
Biarlah dia artis ade peminat yg nak tgk.
tak tayang kena kecam, tayang pun kena kecam
Kenapa kita kena hidup dlm ketakutan yaa, bygkan semua menda yg gembira takleh share, muka ank takleh share malah muka sendiri pun takleh share sampai suh org pakai niqab bagai.
Quote MadameOnion 3-10-2019 12:58 PM
lantak dia la anak dia
Quote fa1982 3-10-2019 01:01 PM
Takut kena ain kan..pengalaman sendiri, ada beza bila upload gambar and tak upload gambar lepas anak lahir..bila x upload gambar memang baby lagi tenang

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.205684 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top