CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Reban Ayam Pun Lebih Bersih, Setan Ke Yang Tinggal?'- Lagi Kisah Penyewa Dari Neraka

2-10-2019 05:45 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5730| Komen: 24|Original author: Sang_Pencinta

Seorang tuan rumah terkejut apabila melihat keadaan rumahnya yang disewakan kepada penyewa yang kini digelar dari neraka. Ini kerana keadaan rumah tersebut sangat kotor dan menjijikkan, reban ayam pun lebih bersih!




Kredit foto: Facebook / OMM



Itulah yang diceritakan oleh seorang lelaki bernama Hang Dhamin di Facebook baru-baru ini mengenai situasi yang dialami oleh rakannya di Flat Bukit Gedong, Pulau Pinang.

Menurutnya, tuan rumah itu memutuskan untuk mengusir keluar penyewa selepas beberapa bulan tidak melunaskan sewa. Dalam proses mendapatkan semula kunci, penyewa tidak mahu bekerjasama, malahan cuba mengelak walaupun sewa sudah lama tertunggak.



Kredit foto: Facebook



Tuan rumah terpaksa membuat laporan polis dan meminta bantuan peguam untuk mendapatkkan kunci rumah semula.

Tetapi alangkah terkejutnya si tuan rumah melihatkan keadaan rumahnya yang sangat menjijikkan!


Kredit Foto: Facebook / OMM



Hampir seluruh kawasan rumah dipenuhi sampah sarap yang mungkin sudah lama tidak dibersihkan. Keadaan itu menyebabkan, si tuan rumah terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk membersihkannya dengan yang kelihatan tidak tumpah seperti pusat pelupusan sampah itu.


Kredit foto: Facebook



Netizen yang membaca perkongsian Hang Dhamin meluahkan rasa jijik dengan gambar-gambar yang disertakan. Mereka turut mengecam tindakan penyewa sebagai biadap.

'Penyewa menghidap penyakit mental kot? Jijiknya!' kata seorang netizen.

"Ini manusia ke setan yang tinggal?' tambah seorang lagi.


Kredit foto: Facebook / OMM


'Mungkin penyewa sengaja menyepahkan sebelum keluar memandangkan dia tidak berpuas hati dengan tuan rumah' kata seorang lagi.



Kredit foto: Facebook / OMM



Yang pasti, kejadian itu menyebabkan tuan rumah menanggung banyak kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membersihkan dan membaiki struktur rumah yang dirosakkan oleh penyewa.

Mungkinkah kejadian ini boleh diatasi sekiranya surat perjanjian penyewaan yang lebih ketat dibuat antara penyewa dan tuan rumah.- CARI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote natrahn 2-10-2019 05:54 PM
jadi sarang nyamuk rumah orang dibuatnya....
Quote Taikcair 2-10-2019 06:29 PM
Quote sfrnna 2-10-2019 06:31 PM
Ada ke org sanggup duk dlm tu. Geli Gila. Macam Mana mandi ni. Jijikss. Paling jijikk pernah tgk dari yg viral seblum ni
Quote Artemesiaa 2-10-2019 06:40 PM
Banyaknya thread pasal kes ni
Quote Perawankota 2-10-2019 06:41 PM
X tauulah nak ckp apa
Quote matchstick 2-10-2019 06:41 PM
semalam lagi dh ada 2 thread pasal ni sisterr
Quote MissCarcosa9753 2-10-2019 06:47 PM
Ni thread ketiga
Quote RatuDunia94 2-10-2019 07:40 PM
X paham lah.. benda2 tu disimpan utk apa???
Quote Supersirap 2-10-2019 08:16 PM
Semoga perkara ini dapat diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya
Quote kroit92 2-10-2019 09:37 PM
geli nya
Quote dramaking007 2-10-2019 10:54 PM
RatuDunia94: X paham lah.. benda2 tu disimpan utk apa???


i syak malas nak kemas.makan buanh mcm duk tepi sungai.u pnh x tgk tv ade satu perkampungan air...kt negara luar...semua smpah duk buang kat sungai luar umh mcm tu je.da kalau setahun mcm tu x ke menimbun.sungai tu olg kurg mengalir jugak.kalau yg ni? {:nose
Quote misuke 2-10-2019 11:47 PM
lain kali tepek je skali muka setan tu.. biar org lain xjadi mangsa.. kuangjaq tui. sewa xbaya plak
Quote ayra.e 3-10-2019 12:31 AM
Ape pemalas noo nak buang sampah kat tong sampah.di tong sampahkan rumah tu buat apee..adooiii.perangai mcm ape.

Quote melati00 3-10-2019 07:46 AM
Lepas ni rumah sapa pulak yang jadi mangsa...
Quote johan-adx 3-10-2019 08:09 AM
kesian owner jenuh nk cuci...tgh dgn mata pun dh penat
Quote Mfzg89 3-10-2019 09:21 AM
aku rasa penyewa saja nak  balas dendam.. biasalah geram tuan rumah asyik minta sewa tu yg dia sengaja buat taik penuhkan rumah dgn sampah sebelum 4-6 nak cabut..  adoii...
Quote az20 3-10-2019 10:59 AM
euwww
Quote cikatilia 3-10-2019 12:03 PM
tang jamban tu mmg trauma menengoknya

mcm gigit menyapu najis seluruh tandas
Quote Lazaria 3-10-2019 02:12 PM
Adoii laaa.. Kon nie xreti ke nk jaga elok2.. Bertabah laa tuan rumah..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052901 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top