Kedegilan seorang pemandu lori simen membawa padah apabila kenderaannya dirempuh kereta api di Kilometer 2, Pelabuhan Utara, Klang pada 1 Oktober. Memetik laporan Sinar Harian Online, dalam kejadian pukul 2.08 petang itu, lelaki tersebut dikatakan tidak mempedulikan arahan penjaga stesen berkenaan yang memintanya memberhentikan lori yang dipandunya. Dia terus memandu lorinya melintas landasan untuk memasuki tapak pembinaan berkenaan walaupun kereta api semakin hampir. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli menjelaskan, akibat kemalangan itu, lori berkenaan terbalik manakala simen yang dibawanya tumpah.
"Bagaimanapun pemandu lori simen berusia 43 tahun itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. "Lokomotif itu mengalami rosak di bahagian enjin hadapan dan tiada kecederaan pada pemandunya berusia 58 tahun itu," katanya. Kejadian itu disiasat oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengikut Akta Keretapi 1991. Mujurlah kemalangan itu tidak meragut nyawa atau menyebabkan kecederaan parah kepada kedua-dua pemandu lori dan lokomotif. - CARI |
mziskandar: suh dia ganti kepala ketapi.x de ke wajah pemandu lori tu?
ADVERTISEMENT