CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Trauma Kena Raba, Dera Dengan Guru Mengaji Saban Hari

1-10-2019 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2775| Komen: 12

Description: Jijiknya! Bayangkan apabila seorang guru mengaji sanggup meraba anak murid lelakinya sendiri saban hari yang dikenalinya di sebuah masjid di Jeram sejak Ogos tahun lalu.Memetik laporan Sinar Harian, i ...
Jijiknya! Bayangkan apabila seorang guru mengaji sanggup meraba anak murid lelakinya sendiri saban hari yang dikenalinya di sebuah masjid di Jeram sejak Ogos tahun lalu. 


Memetik laporan Sinar Harian, ia menyebabkan remaja tersebut berasa trauma dengan sikap keji guru mengajinya itu.

Malah, menurut ibunya yang dikenali sebagai Rahmah (bukan nama sebenar), 36 guru itu turut bertindak memijak dan menumbuk anaknya sehingga patah tangan kiri. 

Foto: Sinar Harian
Mangsa dikatakan sering diugut bunuh termasuk diacu pisau di leher jika cuba memberitahu sesiapa perbuatannya. 

"Saya amat berharap suspek ini dapat ditahan segera dan dikenakan hukuman setimpal sebelum lebih ramai lagi menjadi mangsa lelaki tidak berperikemanusiaan ini," katanya.


 "Anak saya terima pelawaan tanpa syak wasangka namun tidak menyangka sejak dari itu lelaki terbabit mula melakukan perlakuan tidak senonoh serta mendera anak secara mental dan fizikal tanpa saya sedari," katanya yang berkata lelaki tersebut yang mempelawa anaknya belajar mengaji dengannya. 

Ibu remaja ini mula menghidu rahsia ini apabila anaknya cedera hingga berdarah termasuk bibirnya pada 21 September lalu. 

"Saya bertanya kenapa bibir berdarah. Anak tidak menjawab dan terus ke rumah kawannya.

"Setengah jam kemudian saya menerima WhatsApp dari anak dan saat itu terbongkar rahsia yang dia didera oleh lelaki itu sepanjang mereka berkawan," katanya.

Suspek kini sedang dikesan selepas wanita ini membuat laporan polis di Balai Polis Jeram. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 1-10-2019 04:13 PM
Nah...akak hidangkan tered makanan maideen and the gang
Quote chinta89 1-10-2019 04:30 PM
kejiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote Perawankota 1-10-2019 07:31 PM
Ishh... Kejadahnya mcmni
Quote Bedah.Cun 1-10-2019 07:45 PM
Eugh, set2 religious freaks mcm ustad, sami, pederi neh sama jer. Maniacs ughhh
Quote beta_carotene 1-10-2019 08:02 PM
Entah2 adek tu bergaduh ngan kawan dia pastu salahkan cikgu ngaji heols

Matilaa pasni kne kecam
Quote Pink_Purple 1-10-2019 08:09 PM
potong tangan cikgu ngaji tu

dah pukul meraba lagi
Quote delsmomm 2-10-2019 11:24 AM
lain mcm je istilah berkawan diorg tu..

dah mcm couple plk..time ok, bleh la raba2..time gaduh, pukul sampai patah2...

alasan gi ngaji..

apesal ntah aku xleh nak husnuzon dengan kedua2 ni...
Quote slavehunter 2-10-2019 11:30 AM
Apsal senang2 pukul anak orang? Yang maknye siasat dulu sapa konon2 ustaz tu.
Quote shark_eow7 3-10-2019 05:35 PM
dapat je, terus kerat pelir dia. biarkan hidup jadi mcm sida. padan mukaaa
Quote rina0602 3-10-2019 06:11 PM
tapi 13 tahun uols..bukan 31 tahun. budak lagi tu.Kesiannya la budak tu..kalau cikgu tu betul kenapa nak lari pulak kan..
Quote holothurian 18-10-2019 04:07 PM
dasar tak gunaaaaa punya jantan
Quote jalfa 18-10-2019 04:18 PM
Selain salah jantan keparat.aku salahkan mak budak jugak main lepas je anak bergaul dgn org dewasa tanpa pengawasan...bapak budak mana

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.319824 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top