Susulan kebakaran besar di Indonesia yang mengakibatkan jerebu di negara tetangga termasuk Malaysia, akhirnya ada sinar yang bakal tiba. Menurut Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), pihaknya berkata musim hujan bakal tiba tidak lama lagi dan berharap kebakaran hutan akan berakhir segera.
Ia sekaligus membantu meredakan kebakaran hutan di Pulau Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan kualiti udara berada dalam keadaan teruk di kawasan Nusantata sejak sebulan lalu. “Merujuk kepada laporan yang berdasarkan imej satelit terkini dan pemerhatian langsung, kami jangkakan kebakaran hutan tahun ini akan berakhir segera,” kata jurucakap BNPB, Agus Wibowo.
Dalam pada itu, difahamkan juga jumlah titik panas di Indonesia berkurang sebanyak 78 peratus antara 26 hingga 28 September. Dalam usaha mengawal kebakaran itu juga, negara tersebut mengerahkan lebih 29,000 anggota untuk menyelamatkan dan membuat pembenihan awan. Nampaknya usaha itu berhasil kerana hujan mulai turun di kawasan seperti Riau, Jambi, Sumatera Selatan dan Kalimantan Tengah. - CARI
|
ADVERTISEMENT