Sekali lihat, tiada siapa menyangka lelaki ini sebenarnya seorang guru kerana wajahnya yang kelihatan jauh lebih muda berbanding usia. Malah, dia diberi julukan 'baby face' kerana wajahnya yang kelihatan seperti kanak-kanak.
Ian Manga, 23, dari Filipina sering kali disalah anggap sebagai pelajar oleh ibu bapa kerana kelihatan sebaya dengan anak muridnya di sebuah sekolah di San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina. Menurut AsiaOne, Ian mengajar murid prasekolah dan Tahun 3 Sekolah Mater-El-Roi. Ian yang mempunyai ketinggian 162 sentimeter berkata kepada GMA News bahawa tumbesarannya terbantut selepas diserang penyakit ketika kecil menjadikan dia lebih rendah berbanding rakan sebaya. Katanya, dia sering sekali dianggap sebagai adik kepada rakan sekelasnya. Malah, dia sering diejek sebagai 'buak kecil'.
Guru itu bagaimanapun tidak pernah mendapatkan nasihat doktor mengenai situasi dialaminya. Cita-citanya mahu menjadi seorang guru seperti ibunya menguatkan semangatnya dalam menghadapi ejekan orang ramai yang memandang rendah terhadapnya hingga berjaya lulus dalam peperiksaan lesen guru (LET) pada May lalu. Jelasnya, keadaannya itu adalah kelebihan untuk dia lebih dekat dengan pelajarnya. "Saya berasa seperti seorang abang dan saya suka bermain dengan mereka," katanya. Bagaimanapun, dia perlu menjadi tegas ketika mengajar supaya murid mendengar kata. Selain itu, Ian juga akan mengenakan pakaian besar dan longgar serta memakai kasut kulit untuk membezakan dirinya dengan murid-murid. - CARI |
Andyscenes replied at 30-9-2019 05:59 PM
@Kurex tak taste ke dgn mamat ni?
ADVERTISEMENT