CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kerusi, Helmet, Ampaian Baju Jadi Cop Parking. Bila Alih, Kita Yang Kena Marah."

30-9-2019 01:44 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12877| Komen: 72|Original author: Shimmer Shine



"Tiada istilah cop parking."

Begitu penjelasan Media Selangor (milik kerajaan negeri) di Twitter. Ini berikutan masalah 'cop parking' semakin berleluasa di negeri yang terkaya di Malaysia ini. 

Jika dulu, tempah letak kereta hanyalah menerusi kon sahaja (walaupun ianya juga tidak dibenarkan), tetapi ia makin parah apabila ramai yang meletakkan pelbagai peralatan seperti kerusi, ampaian baju semata-mata untuk cop tempat letak kereta tersebut.

Jika ada yang mengambil tempat ditanda itu, mereka akan menerima surat ancaman dan sebagainya.

Persoalannya, sejak bila budaya cop parkir diterima?

Kredit foto: Twitter

Pembongkaran kisah ini di media sosial membuka lebih banyak cerita dalam kalangan warganet. Rupa-rupanya masalah ini bukan sahaja berlaku di kawasan flat atau apartmen, malahan di kawasan perumahan sekalipun. Siap golongan yang menanda ini marah apabila kerusi penandanya dialihkan.

Twitter

Antara lokasi yang disebutkan ialah Wangsa Maju, Pantai Dalam, Kerinci, Selayang dan pelbagai lagi daerah di Selangor. Golongan yang mementingkan diri ini turut menanda untuk saudara-mara mereka menyebabkan empunya rumah sendiri pula tidak mempunyai tempat letak kereta.


Tidak hanya kerusi, pasu bunga, tong cat dan lebih teruk motor yang disengajakan diletakkan di tengah tempat kereta sememangnya menyusahkan ramai pengguna lain.


Twitter

Walaupun kesalahan ini boleh diadukan kepada pihak berkuasa, namun penguatkuasaan yang agak lemah tetap memberi masalah sama kepada golongan ini.

Tiada kesedaran sivik atau sengaja mahu tunjuk kuasa? - CARI 
3

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • matchstick

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Forfoxache 30-9-2019 01:57 PM
Aku pernah nampak teddy garfield besar toddler duk atas kerusi ganti kon kat area PJ. Memang kepala otak creative btol dorang ni. Tapi aku tak salahkan yg dia ni buat sebab opposite parking tu ada office building. So set2 syelet tisu slalu dok amik parking lot reserve utk resident ni sebab free takyah bayar. Dorang nak avoid bayar parking kat area office sebab nak save nye pasal. Soh kerajaan PH focus benda lebih penting dari parking la. Bodoh nye coalition tahi govt
Quote monreyes 30-9-2019 01:59 PM
cam babi kan perangai...
aritu aku dah report...
x ambik tindakan pun...
patut ni lah cara nak buat duit..
saman je...
Quote Foxey 30-9-2019 02:08 PM
Memang tak patut la buat macam tu. First come, first serve. Keutamaan patut diberi kepada residents situ. Patutnya PBT kena buat peraturan kat kawasan perumahan, parking allotted 2 je ke per rumah. Takde kira saudara mara la dey
Quote Gomea 30-9-2019 02:34 PM
Setakat report tapi takde ambik tindakan takde maknanya masalah ni nak berkurang.
Quote MelahJanda 30-9-2019 02:38 PM
tulis plat number
Quote sharlenetexas 30-9-2019 02:56 PM
Kat rumah aku ni jiran2 suka letak kereta kt laman rumah aku. Malas nak masuk parking rumah diorang yg sempit. Tuan2 rumah ni cuma tau reti wat rumah mcm setinggan tapi laman tak de. Budak2 pun main bola kat depan rumah aku. Lepas ni nak pagar sebab tak suka ayam2 jiran datang berak merata dan pijak pokok. Lagi pun aku ada plan juga. Mmg kena pasang pagar. Kesian gak kat budak2 tapi aku pun kena kesian kt diri sendiri juga.
Quote Miss.H 30-9-2019 03:00 PM
Susah nak ubah mentaliti manusia selfish macam ni. Pagi kene kutip, petang dah ada balik. Sepatutnya lepas kene kutip. Buat rondaan 4-5 kali, aim dan terus saman. Baru ada akal
Quote nazzse 30-9-2019 03:03 PM
Baru kena 2 hari lepas.. Nak turunkam furniture,nak parking dekat dengan tangga kebetulan kosong,tengok2 ada motor baik punya parking melintang tengah2 tu siap kunci handle motor tuh...aku sakit hati alihkan ketepi wlpun susah nak m****s, tpai sebabkan tak muat parking tempat lain...kebetulan masa turun bawah lepas  terdengar  jantan bengong tu tengah membebel bangangkan org yg alih motor heols, aku terus cakap dekat anak buah kuat2,  tu motor bodoh tu dah beralih...tengok semalam dah tak berani nak tanda2 dah
Quote chikumanis 30-9-2019 03:04 PM
jiran me lagi la...yg duduk kat rumah tu, apak n adik dia je, dah ada 2 kereta...ada abang2 dia yg ada kereta lebih dari 2biji, semua park kat rumah apak dia..terus ada 4/6 biji kereta. ikutkan hati, nak je call MBPJ untuk towing kereta yg sesuka hati park dekat rumah orang tapi pikir HIDUP BERJIRAN, me pospon dulu..

nasib baik tak park depan my porch, kalau tak...dah kena kunci tayar tu..n nasib baik me ada 1 je kereta n x park dalam porch sbb nanti ada yg sesuka hati block gate
Quote sarahmirza 30-9-2019 03:09 PM
Sebab tu bila nak beli rumah.....
Tengok la dulu potensi tempat tu..
Tapi iyelah faham... Sesetengah kita takde luxury utk memilih...
Kawasan itu aje la kemampuan kita...
Maka hidup la bermuram entah sampai bila...
Dapat jiran tetangga tak bertimbangrasa.
Quote palmolive 30-9-2019 03:23 PM
aku yg duk kediaman covered parking pun ada makhluk mai parking..
pastu alih kereta menyorok balik tiang..
Quote pokaibanktokyo 30-9-2019 03:27 PM
Sepak saja kerusi, meja ,topi semua masuk longkang. Banyak songeh kalo...sepak malaun yng letak tu pulak
Quote Artemesiaa 30-9-2019 03:32 PM
Pemandangan biasa dan bertahun lamanya.  Eloklah pihak berkuasa tempatan ambil tindakan terhadap mereka yang berperangai macam tu.
Quote R2D2 30-9-2019 03:32 PM
setengah tempat tu dia cop parking 2 petak terus
kereta kancil diparkir melintang
Quote dinihari 30-9-2019 03:32 PM
chikumanis replied at 30-9-2019 03:04 PM
jiran me lagi la...yg duduk kat rumah tu, apak n adik dia je, dah ada 2 kereta...ada abang2 dia yg a ...

sama kes mcm jiran i.....dah hampir 10 tahun hidup berjiran...tapi sikap dan mentality masih x berubah....

Dulu sampai dia dan anak beranak sesuka hati park keta dalam porch rumah i ok........bukan depan rumah ke apa.....tapi dalam porch rumah i sebab kami laki bini pi keja...maka porch i kosong ( i dok kat kawasan rumah yg x boleh pasang pagar...melainkan buat special request).....sakit hati......kalau sedara mara dia mai dari kg...pun sama......selamba parking masuk dalam rumah i...pastu x de rasa bersalah atau nak minta izin ......husband dah tegur 2-3 kali....still dia buat sama.......my jiran 2 laki bini dah ada sorg sebijik keta.....plus dgn keta anak2 dia lagi.......4-5 bijik......pastu parking merata2 sesuka hati....depan jalan rumah i pun dia parking dan kdg2 i nak masuk park keta pun payah....jenis SELFISH tahap gaban......

Dah report kat pihak berkenaan pun sama jugak perangai dia.......kalau dah tau anak ramai dan byk keta...pi la beli rumah semi D atau corner lot...ni tak.....beli rumah intermediate unit...pastu menyusahkan org lain.......geram la org yg mcm ni......

kdg2 ada i jemur ampaian baju kat porch.....selamba dia ja masuk parking dalam porch i..habis la kena asap keta baju2 i......then.....ampaian i pun dia buat harta dia...sesuka hati pakai....adui laaaa.......
Quote Kurex 30-9-2019 03:39 PM
penah kena.. masa nak masuk parking tu tetiba ada sorang makcik ni datang tiba2 dari arah belakang kata tu parking dia. walhal takde pun kereta dekat situ.. bertikam lidah jugak la.. semua keburukkan dekat badan dia aku luahkan.. sesuai la dengan muka dia. padahal dia orang luar, nak parking situ sebab taknak bayar parking dekat shopping mall..
Quote cmf_almondpecan 30-9-2019 04:29 PM
Buruknya perangai. Ada jugak org mcm ni. Dah buat kesalahan di sisi undang2 ada hati nak sound org yg tak buat salah apa2 siap tulis note. Dah la broken. Ramai orang suka tulis "that's mean" (salah) instead of "that means" (betul). Buat malaon yg tulis note tu, "that means" bererti "itu bermakna bahawa" manakala "that's mean" tu frasa penuh dia "that is mean" bermakna "jahatnya perbuatan/perkara itu". Tp yg broken tu sesuai dgn perangai yang dipamerkan.
Quote RatuDunia94 30-9-2019 04:50 PM
THAT'S MEAN.... ITU KEJAMMM
Quote True-X 30-9-2019 05:41 PM
ostad2 di malaysia hanya berjaya mendidik malay muslim supaya menjaga aurat pompuan.....
bab jaga kebersihan... bab kesedaran sivik mcm ni..... ostad2 failed.

susah tentu kawan perumahan ni ade surau dan masjid... harap selitkan tazkirah kesedaran sivik dan tangunggjawab hidup berjiran kepada masayrakat sekeliling.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063103 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top