Michael Ang sememangnya tak pernah tidak menjadi sebutan rakyat Malaysia. Seperti yang kita tahu, pengarah terkenal ini lantang bersuara dan tak segan untuk meluahkan pendapatnya mengenai sesuatu perkara sama ada secara berdepan mahupun melalui ruangan sosialnya.
Ingat tak sebelum ini Michael Ang pernah 'mengata' persembahan 'Seberapa Pantas' Aziz Harun di Big Stage 2019? Tetapi respon positif Aziz berjaya meredakan ketegangan itu. Terbaru, pengarah itu secara 'halus' telah memerli tentang bakal pemenang Big Stage 2019 yang bakal diketahui pada minggu hadapan selepas pentas finale mereka. Menurutnya, dia mahukan Neeta menang tetapi memerli bahawa selalunya orang Malaysia cepat 'cair' bila ada orang luar yang boleh cakap Melayu. Peserta yang diperlinya tentulah Jang Hanbyul kerana hanya dia seorang merupakan peserta daripada luar yang berjaya melangkah ke peringkat akhir rancangan itu. Ada antara netizen yang bersetuju dengan pendapat Michael kerana mereka mahukan orang Malaysia yang menang pertandingan yang dianjurkan di Malaysia ini. Pun begitu, ada yang 'back up' Hanbyul dan menyatakan bahawa tidak salah sekiranya lelaki berasal daripada Korea itu yang menang kerana dia sememangnya berbakat dan mutu persembahannya yang baik memang tak dapat dinafikan lagi. Yang penting Neeta dan Hanbyul, dua-dua layak untuk ke pentas akhir. Rasanya pertandingan ini bermotifkan bakat bukan kewarganegaraan? -CARI |
URUHA replied at 30-9-2019 01:05 PM
Secara generalnya meols sokong je acik Michael. Asal org luar pandai ckp Melayu sikit terus org kita ...
AppropriateNick replied at 30-9-2019 01:56 PM
talent apa ko maksud jilaka? si kucaimars ke irfan harris? mmg tak la!
Kurex replied at 30-9-2019 02:34 PM
best ke big stage?? kurex tak pernah tengok..
MadameOnion replied at 30-9-2019 01:54 PM
walaupun i sejenis menyampah dgn kpoop tapi i suka suara hanbyul ni..n mmg betul dia nyanyi lagu mel ...
ADVERTISEMENT