CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Konsert Reunion Exist - Memukau, Cukup Rasa Dan Mantap!

30-9-2019 10:51 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 31041| Komen: 210|Original author: Oleh: natrahn

Description: Konsert Reunion Exist gamit 1001 memori. Konsert itu bukan sahaja menyatukan semula anggota kumpulan berkenaan selepas lebih dua dekad membawa haluan sendiri.
Kredit foto: Astro Awani & Google


Konsert Reunion Exist gamit 1001 memori. Konsert itu bukan sahaja menyatukan semula anggota kumpulan berkenaan selepas lebih dua dekad membawa haluan sendiri.

Malah, lebih 4,000 peminat 'hanyut' dibuai emosi apabila Mamat dan Ezad Lazim beraksi.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini menghimpunkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad.


Kredit foto: Instagram Mamat Exist

Menurut Berita Harian, seawal jam 6 petang, peminat sudah mula membanjiri perkarangan stadium. Hujan lebat tidak menjadi alasan untuk mereka menyaksikan gabungan istimewa itu.

Sistem audio, pencahayaan serta pentas tersergam indah memberikan perisa enak terhadap persembahan tujuh orang anggota Exists yang sangat menghiburkan penonton yang bertandang.


Kredit foto: BH Online

Dalam konsert hampir tiga jam itu, Exists menyampaikan 24 lagu yang menterjemahkan perjalanan hidup band popular itu sepanjang 28 tahun bergelar anak seni.

Alunan vokal keramat Mamat kedengaran mantap dan langsung tidak menghampakan. Manakala, Ezad pula berjaya membuai perasaan peminat yang hadir untuk larut dalam emosi setiap bait lirik lagu Exists dengan suara lunak miliknya.



Kredit foto: Instagram Azrul_Rafie

Formula Exists menyanyi penuh setiap lagu serta memaparkan lirik menjadi kerana ia turut membantu peminat-peminat menyanyi bersama mereka.


Kredit foto: Instagram azrul_rafie

Lagu-lagu berhantu Exist antaranya Masih Terserlah Ayumu, Dirantai Digelangi Rindu, Untukmu Ibu serta Mengintai Dari Tirai Kamar benar-benar mengubat kerinduan mereka yang hadir.

Penonton yang hadir pulang dengan senyuman puas, gembira kerana dapat menikmati persembahan rangkaian lagu hits Exists ketika zaman membesar dari remaja menuju dewasa.


Kredit foto: Instagram Azrul_Rafie

Exist turut mempersembahkan lagu terbaru mereka, Tak Berakhir yang menggabungkan alunan vokal Mamat dan Ezad. 

Persembahan Exists Reunion harus dikenang sebagai satu konsert yang berjaya dan berada dalam kelas tersendiri! - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awex^returns 30-9-2019 10:56 AM
Aku yang tengok sikit2 kat IG Ina (Shah Slam) pun terbuai wooo
tak dapat nak pergi sebab banyak komitmen
bagus kalau ada yang videokan dan tayang kat TV

memang mengimbau kenangan habis

Quote tagas 30-9-2019 10:58 AM
legend band
Quote Lula2 30-9-2019 11:08 AM
Abang i pegi.
I tgk video suara ezad tu mcm tertelan kaset sama betul
Quote manehnya 30-9-2019 11:09 AM
arghhh (histeria) mmg mantapppp

x sabar nk tgu video rasmi keluar, yihhhh


semua anggota all out, best!

4500 penonton kot! hebat tak

ada lg tak band yg pernah perfom sampai singapore?  search? dok umah diam2 sapu minyak angin...

relek je exists x mendada mcm amy pewit tuh huh

budak2 BBNU sila contoh abam2 ni, 8 album!

dak2 zaman now 8 single pun blom tentu lah bleh kekal sampai 28tahun!


Quote izzah_mia 30-9-2019 11:15 AM
Lula2 replied at 30-9-2019 11:08 AM
Abang i pegi.
I tgk video suara ezad tu mcm tertelan kaset sama betul

memang suara ezad mcm dlm kaset..tak pecah langsung. ezad lagi banyak nyanyi dari mamat.
semua ok cuma seat arrangementnya hazab sikit...ada kekecohan sikit sebelum mula.
Quote chicozinn 30-9-2019 11:28 AM
aku teringin nak gi..harap kalu deyollss buat kat jb lagi aku nak gi..dulu dgar mini showcase ezad+amy search kat uia dulu, siyes terbuai ngan sore si ezad ni..sedap sore dia cm sore kaset..harap xpyah la mendadih lagi...ksian kat anak bini tu
Quote dhyayaya 30-9-2019 11:31 AM
Haah, mmg sebijik pun.. puas hati pegi lagu semua lagu yg kita biasa dengar.. kalau tak hafal, takyah risau sbb kt stage ada screen lirik, tapiiiiiiiiiiiiii mmg puas hati sgt
Quote natrahn 30-9-2019 11:32 AM
Edited by natrahn at 30-9-2019 11:38 AM
izzah_mia replied at 30-9-2019 11:15 AM
memang suara ezad mcm dlm kaset..tak pecah langsung. ezad lagi banyak nyanyi dari mamat.
semua ok ...

yang ni tak dinafikan
Quote mohdcrow 30-9-2019 11:32 AM
Edited by mohdcrow at 30-9-2019 11:37 AM
izzah_mia replied at 30-9-2019 11:15 AM
memang suara ezad mcm dlm kaset..tak pecah langsung. ezad lagi banyak nyanyi dari mamat.
semua ok ...


Yang ni ke?
Quote izzah_mia 30-9-2019 11:37 AM

ramai je yg complaint pasal seating tu especially yg seat tepi sebab tak nampak apa.
seating tu kita tak boleh pilih masa beli...dorang yg akan bagi seat mana

sepatutnya stage tu open je tanpa ada kain ke..layar ke so that semua orang boleh nampak tak kisahlah duduk belah mana.
tu je yg kureng sikit..yg lain2x meletop
Quote supernaturalee 30-9-2019 11:39 AM
no more drugs after this ya



Quote natrahn 30-9-2019 11:39 AM
izzah_mia replied at 30-9-2019 11:37 AM
ramai je yg complaint pasal seating tu especially yg seat tepi sebab tak nampak apa.
seating tu k ...

betul...memang ada komplen ni kat insta shiraz project
Quote johan-adx 30-9-2019 11:42 AM
terbaik exist...
tiket kt spore katanya dr haritu lg dh sold out
Quote Mizlyn 30-9-2019 11:42 AM
izzah_mia replied at 30-9-2019 11:15 AM
memang suara ezad mcm dlm kaset..tak pecah langsung. ezad lagi banyak nyanyi dari mamat.
semua ok ...

u pergi ye.. sure best...

i plan nak g gak dgn toklaki.. tapi tak kesampaian sbb i demam

i tgk kat fb ig nampak seat jauh dari pentas...mcm x puas tengok lak..
yg tgh2 tu semua pakat berdiri ye.. jenuh gak tu haha..kena yg urat longgar mau penat..
ada i tgk yg tersandar duduk kat tepi pagar pun ada
Quote natrahn 30-9-2019 11:43 AM

hopefully .. both mamat n ezad ada  history kan...
Quote Mizlyn 30-9-2019 11:43 AM
dhyayaya replied at 30-9-2019 11:31 AM
Haah, mmg sebijik pun.. puas hati pegi lagu semua lagu yg kita biasa dengar.. kalau tak hafal, takya ...

ni i puji sbb ada lirik... sbb sama2 leh nyanyi

Quote natrahn 30-9-2019 11:45 AM
Mizlyn replied at 30-9-2019 11:42 AM
u pergi ye.. sure best...

i plan nak g gak dgn toklaki.. tapi tak kesampaian sbb i demam

peminat pun mesti dah umur 35-45...
semput sikit  tu yang tersandor hehehe
28 lagu nyanyi sama-sama...
Quote Mizlyn 30-9-2019 11:50 AM
natrahn replied at 30-9-2019 11:45 AM
peminat pun mesti dah umur 35-45...
semput sikit  tu yang tersandor hehehe
28 lagu nyanyi sama- ...

tu la... semua lagu best2...



Quote puanbintang 30-9-2019 11:52 AM
tahniah exist!!!! best!

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.080369 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top