Pelakon cantik Rita Rudaini, 43, memang sudah biasa menerima pelbagai kecaman daripada netizen. Terkini, Rita mendedahkan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang muncul apabila dia berkongsi foto anak-anaknya di laman Instagram. Ada pihak yang menggunakan akaun IG palsu untuk meninggalkan komen negatif dan buruk apabila dia memuat naik gambar Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8. Akaun palsu yang tidak mempunyai foto serta tidak mengikuti mana-mana akaun Instagram ini akan meninggalkan komen buruk dan negatif terhadap foto tersebut. Rita kurang bersetuju mengenai pendapat yang menyatakan bahawa selebriti tidak perlu membalas perbuatan jahat netizen di laman sosial. "Bagi saya, ikut keadaan. Kalau komen mereka melampau, saya harus bertindak. Kenapa artis hanya perlu diam? Kami mempunyai perasaan seperti manusia biasa, bukannya makhluk asing," tegasnya lagi memetik laporan dari Astro Gempak. Rita ditemui usai Program All Stars Buka Panggung (ASBP) di Royal Theatre, Shah Alam pada Jumaat lalu. (27092019). Memang wujud sesetengah pihak yang bukan sahaja mencari kesalahan artis, tetapi turut mengaitkan keluarga ataupun anak mereka dalam sesuatu isu. Tak salah hendak menegur cuma caranya kena betul. Bersabarlah Rita. - CARI
|
missBlackDahlia: nyampah.. apa2 pon mesti nak kait ngan bekas laki..baru2 ni tengok apa tu.. All starts buka panggung kot? pon asyik2 sebut dulu bekas laki pemain bola ...
missBlackDahlia replied at 30-9-2019 11:15 AM
nyampah.. apa2 pon mesti nak kait ngan bekas laki..
baru2 ni tengok apa tu.. All starts buka panggu ...
ADVERTISEMENT