Semakin maju ke hadapan minda orang Malaysia, semakin ramai yang mengerti bahawa isu 'body shaming' adalah perkara serius. Tak kisahlah walaupun sekadar gurauan, kalau yang kena itu terasa, tetap jadi kesalahan.
Walau bagaimanapun, menurut pelawak dan hos terkenal iaitu Nabil, lawak seperti 'body shaming' ini mampu meningkatkan rating rancangan, lapor Gempak. Tambahnya, pada awal kemunculannya dahulu, tiada masalah langsung apabila ada yang melemparkan gurauan berunsur 'body shaming' di dalam mana-mana program televisyen. "Pada zaman awal kemunculan saya dalam industri hiburan dahulu, gurauan body shaming dalam program TV tidaklah dikritik sehebat sekarang.
"Bagi saya, isu seperti ini mampu menaikkan rating tontonan sesebuah program, kalau semua yang dituturkan itu terlalu biasa, penonton pun akan berasa bosan. "Kami sesama artis pun faham antara satu sama lain, takkan lah sesama artis pun dah tak boleh gurau?" guraunya. Nabil juga mengimbau kisah di mana dia diejek mengenai telinga dan badannya yang kurus, namun dia tidak pernah pun melenting dan mengambilnya dengan positif. "Saya sendiri pernah diejek kurus dan telinga capang, saya terima dengan positif, penonton ketika itu pun tidaklah terlalu mengkritik gurauan berbentuk body shaming," jelasnya. Setiap orang tak sama. Kalau Nabil okey sahaja, tak semestinya orang lain perlu okey juga - CARI |
meisapoya replied at 28-9-2019 10:05 AM
Tak semua orang macam kau, diejek pon positif.
crazybeach replied at 28-9-2019 10:24 AM
eh hello?? rata2 yang tengok abp rengsa hoccay nak hadap lawak bodoh tak cukup kismis si ackiok tu?? ...
YomiuriLandMae replied at 28-9-2019 01:45 PM
cuba la pelawak2 malaysia ni buat lawak2 educated sikit.. nak melawak x semestinya kena jd bodoh.. t ...
Bumbu replied at 28-9-2019 02:03 PM
Dah semua pelawak malaysia bodoh. Nak buat cam na...
Kurex replied at 28-9-2019 10:14 AM
Makin helok dia ni.. Selalu nampak dia solat jumaat dekat damansara uptown.. Semoga dapat jadi makmu ...
YomiuriLandMae replied at 28-9-2019 12:45 PM
cuba la pelawak2 malaysia ni buat lawak2 educated sikit.. nak melawak x semestinya kena jd bodoh.. t ...
ADVERTISEMENT