CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Domino's Mohon Maaf Tuduh Pelanggan Menipu Sampai Disoal Polis

27-9-2019 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11938| Komen: 76

Akibat menuduh beberapa pelanggannya menipu sehingga menyebabkan mereka disoal siasat pihak polis, Domino's Pizza Malaysia akhirnya memohon maaf, semalam. 

Malay Mail melaporkan, syarikat piza itu membuat aduan polis dengan mendakwa mereka sudah mengenal pasti sindiket menjual kupon promosi diskaun atas talian.

Disebabkan itu, beberapa pelanggan dilihat menggunakan kupon tersebut dengan membuat pesanan atas talian dengan kadar banyak secara percuma.

Kredit foto: Projekmm


Ia sekaligus menyebabkan pelanggan ini disoal siasat oleh polis dari Jabatan Siasat Jenayah Komersial selepas pesanan piza itu dibuat. 

"Hi everyone (Hai semua), dengan apa yang telah terjadi, kami ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf for what had happened (segala yang berlaku)," tulis syarikat itu menerusi Facebook. 


Kredit foto: FB

"Perkara ini adalah amat penting untuk diselesaikan secepat mungkin dan pihak HQ [ibu pejabat] kami telah pun berjumpa dengan customer tersebut untuk explain (terangkan) situasi ini.

"Kami amat menghargai masa dan pendapat yang telah dikongsi oleh customer. Ia amat membantu dalam mencari solution yang win-win (menang-menang) untuk perkara ini."

Pun begitu, menerusi Facebook berkenaan ramai pengguna yang menyelar penggunaan bahasa dan permohonan maaf yang dibuat kerana tidak formal dan kurang meyakinkan. - CARI 

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Cumi2


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-9-2019 04:52 PM
kupon pizza pun nak ada sindiket ye..
Quote dubuk 27-9-2019 05:03 PM
domino tak sedap
Quote umbut 27-9-2019 05:20 PM
Admin bbnu..
Quote TalibanRock 27-9-2019 05:24 PM
kupon marrybrown xde ker??kekekeke
Quote Atata 27-9-2019 05:25 PM
Benci la statment official mcmtu tapi cakap campur2 bahasa mcm taik. Cakap BM, BM sepenuhnya, cakap BI, BI sepenuhnya tak boleh ke?
Quote ikanmasin 27-9-2019 05:27 PM
duii kupon2 mcm ni pun ada sindiket jg ke..alahaii
Quote nirhab90 27-9-2019 05:30 PM
kalo dengor citer forum sebelah, takde sindiket2 pn...sistem domino yg problem, tak control coupon2 yg dorang keluarkan...so, yg kena tangkap tu ambil peluang ler...da lame pn orang lain buat...cuma kali ni macam dia abuse sangat kelemahan tu...
Quote shernazz 27-9-2019 05:31 PM
Kupon yang dijual.merata tu ke
Yang beli rm20 dpt kupon makan sampai mati..
Iols penah tgk..
Ada hari nya depa jual kupon burger king
Ada dominos
Cenggitu lah..
Menipu ke tu?
Quote Miss.H 27-9-2019 05:47 PM
Buat promo banyak sikit. Hahahah
Quote lasagnaklcc 27-9-2019 05:47 PM
Edited by lasagnaklcc at 27-9-2019 05:48 PM

Pernah I query psl promo price dgn free apetah yg I patut dpt. Yg jwb plak bbnu, sampai satu tahap nada dia jwb mcm melekehkan kita pulak mcm i hadap sgt. Dominos yg offer tapi staff blur2 tak tau.

I rasa staff diorg sendiri tak update psl promo code voucher apa semua tu... Byk sgt.
Quote VioletsAre_Blue 27-9-2019 05:57 PM
dubuk replied at 27-9-2019 05:03 PM
domino tak sedap

Ye memang tak sedap
Quote koko2 27-9-2019 06:16 PM
#BMF... Beli jer pizza hut.. Rm5 pun dh bole Makan pizza.. Kenyang..

Domino ni company cina.. Tak sedap satu hal..
Quote cik_sssara 27-9-2019 06:23 PM
Sukahati je tuduh customer tu hack website, cawangan mana ni? Manager takde SOP, kot ye pun selidik/panggil lah dulu customer tu datang tanya etc. Ni terus report polis. Now cash lah.

Lagi satu cara page rasmi Dominos ni punya statement maaf tu macam main-main pulak. Takboleh tulis proper ke. I know lah selama ni admin dia agak fun to go tapi kalau kes dah melibatkan polis ni ingat lawak ke.
Quote arm_band 27-9-2019 07:13 PM
bbnu  sangat. dengan bahasa rojaknya
Quote danieladam 27-9-2019 07:17 PM
Dominos mahal nak mampos..baik g pizza hut.
Quote meisapoya 27-9-2019 07:22 PM
Sakit mata baca bahasa rojak untuk buat official statement.
Quote zetty1978 27-9-2019 07:40 PM
Mcm tulis komen dlm forum pulak bg formal statement dlm official websites cenggitu .. bbnu skang ni ikut suka je xde etika and adab dalam komunikasi .. sila belajar lg dik cara keje yg betul .. management dia pun kenalah highlights benda2 mcm ni .. utk update post biasa ok je xde masalah .. tp once a while bila ada kes2 mcm ni kenalah take note cara and etikanya ..
Quote pinksarah 27-9-2019 07:49 PM
Dominos dulu masa dorang keluarkan card buy 1 free 1 tu yg best..

Lps tu dorang dh x provide that promo..

Then coupon services pulak..

I stop buying dominos bila ada coupon system ni..bg budak2 dkt school je since dorang rajin buy online..

Quote CiliPadiSedap 27-9-2019 07:50 PM
Serius buruk imej domino guna bahasa ROJAK

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.102180 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top