Susulan kes rusuhan yang melibatkan kematian seorang anggota kecemasan JPBM Subang Jaya, Muhammad Adib (24), keputusan hasil perbicaraan inkuiri telah diumumkan dan telah menjawab segala persoalan rakyat Malaysia pada ketika ini.
Keputusan itu telah diumumkan oleh Koroner, Rofiah Mohamad di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 10 pagi tadi. Mengimbau kembali prosiding perbicaraan yang telah bermula sejak 11 Februari yang lalu, sebanyak 137 eksibit dan 30 saksi telah dipanggil untuk membuat keterangan mengenai kes yang dianggap berprofil tinggi ini. Laporan bercanggah, kecederaan tidak seiring dengan dakwaan dipukul Kisah perbicaraan yang panjang itu telah menyaksikan pelbagai plot dan kejutan apabila hasil keterangan pernah mendedahkan laporan bedah siasat yang dijalankan saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang dijalankan bersama saksi ke-27 iaitu Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur didakwa tidak lengkap dan bercanggah oleh saksi ke - 29, iaitu Pakar Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom. *saksi ke - 24 (Dr Ahmad Hafizam Hasmi) *saksi ke - 27 (Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood) *saksi ke - 29 (Dr Shahrom Abd. Wahid) Inkues tergendala, peguam tarik diri atas arahan Peguam Negara Kejutan demi kejutan, pada 27 Mei, Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menarik diri dari perbicaraan atas arahan Peguam Negara, Tommy Thomas. Susulan arahan dan penarikan Syazlin dari perbicaraan Inkues ini, ramai yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terutama keluarga, ahli politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mendesak inkues ini dihentikan dan digantikan dengan Suruhan Siasatan Diraja (RCI). Bapa Adib heret Tommy ke Mahkamah Pada 16 Julai lalu, bapa Muhammad Adib , Mohd Kassim telah memfailkan permohonan 'ex-parte' untuk memulakan prosiding komital terhadap peguam negara, Tommy Thomas yang didakwa terlalu banyak 'intervention' atau campur tangan yang salah dalam perlaksanaan keadilan. Pada 2 September, Koroner telah membenarkan Mohd Kassim untuk memulakan prosiding komital itu setelah wujudnya prima facie ke atas satu perbuatan Tommy Thomas yang menjurus kepada penghinaan kepada mahkamah. Menurut peguam Adnan Seman, keputusan inkues ini didokong oleh tiga perkara iaitu keputusan terbuka (open verdict), kemalangan (misadventure) atau kematian disebabkanoleh orang yang diketahui mahupun tidak diketahui. Sesungguhnya keputusan ini digalas berat oleh Koroner Mahkamah Seksyen Shah Alam iaitu Rofiah Mohamad. Inkues yang diadakan bertujuan untuk menentukan punca kematian hasil daripada pendapat bercanggah iaitu dilanggar oleh kenderaan manakalasatu lagi dakwaan Allahyarham Adib dipukul oleh perusuh. Keputusan Perbicaraan Inkues Kini, persoalan sudah terjawab. Hasil perbicaraan telah mendapati kematian Muhammad Adib adalah disebabkan oleh daripada TINDAKAN JENAYAH OLEH SEKUMPULAN INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI. Menurut koroner dalam keputusannya mendapati, kecederaan yang dialami Adib (Lung Chest Trauma) adalah bukan perbuatan diri. "Saya merumuskan bahawa kecederaan Adib (Lung Chest Trauma) yang dialami Muhammad Adib bukanlah perbuatan akibat diri sendiri," Koroner Rofiah Mohamad mengulas lanjut kecederaan yang dialami adalah disebabkan arwah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS). Semoga roh arwah Muhammad Adib tenang dan akan mendapat pembelaan sewajarnya. - CARI |
Telolet replied at 27-9-2019 10:57 AM
Alhamdulillah. so cemana nak cari siapa yang buat eh malam tu.
iols tetap rasa kalau muntri macam s ...
natrahn replied at 27-9-2019 11:00 AM
Kita doa segalanya dipermudahkan.... Pada peringkat awal kan ada 4 orang suspek ditahan. Mungkin m ...
Victorioussss replied at 27-9-2019 10:58 AM
Moga yang berbohong dln inkues tu mati bwh lori
Memalukan profesyen
ADVERTISEMENT