Kebanyakan lelaki lebih suka memakai seluar dalam tanpa motif atau sebarang hiasan. Tapi, bagi yang inginkan kelainan, sebuah jenama milik tempatan kini mengeluarkan seluar dalam dengan motif batik tempatan.
Jenama Bartek by DCM kini menjadi bualan warganet apabila mengeluarkan seluar dalam lelaki dengan motif batik yang unik. Bartek by DCM menjelaskan rekaan itu bertujuan untuk menghargai warisan dan budaya dengan mengekalkan rekaan berunsur tradisional dalam semua jenamanya. Seusai dimuat naik di Twitter, rekaan itu mendapat reaksi positif dan ramai yang memujinya. Pengasas jenama itu, Shahrulnizam Samawi, 30, anak jati Sarawak berkata beliau mendapat idea selepas mendapati sukar mencari rekaan jenama tempatan yang mempunyai motif menarik. "Saya berpendapat ini cara baru untuk mempromosi tradisi melalui fesyen, selalunya batik hanya untuk pakaian formal dan gaun, kini lebih moden dan praktikal," katanya. Selain Pua Kumbu, motif lain termasuklah reka bentuk yang diilhamkan dari songket Melayu dan 'Pucuk Paku' iaitu paten biasa dalam fabrik Melayu. Walau bagaimanapun, mungkin ada juga yang kurang bersetuju kerana motif Pua Kumbu yang sinonim dengan upacara khas dan melambangkan status di kalangan orang Iban digunakan sebagai pakaian dalam. Selain itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai jenis fabrik yang digunakan kerana kain jenis songket sememangnya menghasilkan geseran dan tidak sesuai sebagai pakaian dalam, apa lagi seluar dalam lelaki. Usaha Batek by DCM semamangnya boleh dipuji, tapi sejauh manakah reka bentuk ini akan menjadi pilihan di pasaran tempatan memandangkan kebanyakan lelaki masa kini lebih suka rekaan yang ringkas? - CARI
|
Sang_Pencinta replied at 2-10-2019 11:13 AM
Ini kalau mandi swimming pool tak segan sangat banding sepentot kecik
ADVERTISEMENT