Sukar diterima akal! Namun, itulah yang berlaku apabila dilaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun mati dibunuh selepas dirogol abang angkat sendiri.
Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan kedua-dua suspek turut melakukan seks sumbang mahram bersama ibu kandung sendiri, di sebelah mayat kanak-kanak itu. Memetik laporan Kompas.com, mangsa dikenali sebagai NP merupakan anak angkat keluarga tersebut yang tinggal di Kecamatan Lembursitu, Kota Sukabumi. Dipercayai mangsa sudah menjadi mangsa rogol kedua abang angkatnya yang berusia 14 dan 16 tahun sejak tiga bulan lalu dan ia diketahui oleh ibu mereka yang dikenali sebagai Yuyu, 39. Kejadian bunuh berlaku pada Ahad lalu selepas mangsa dirogol oleh abang angkat yang dikenali sebagai P, 14.
Ia disusuli dengan abang angkat kedua, RG yang berusia 16 tahun yang turut merogol mangsa. Kejadian itu menyebabkan ibu mereka, Yuyu berasa marah dan cemburu dengan mangsa lalu mencekik kanak-kanak itu sehingga mati dengan dibantu anak sulung lelakinya itu. Mereka kedua melakukan seks sumbang mahram bersama, sebelum mencampak mangsa ke dalam Sungai Cimandiri yang terletak 1 km dari rumahnya. Mayat mangsa ditemui pemancing ikan pada tengah hari, hari yang sama. - CARI |
mesmerize replied at 26-9-2019 11:29 AM
berita apa ni akak tak boleh brain segala ketahian kebrengsetan kelakuan penjenayah2 ni
duri_durians replied at 26-9-2019 11:49 AM
tak mampu nak hadam... betapa jahanam nya keluarga ni...
anak lelaki sumbang mahram dgn ibu
ADVERTISEMENT