Jam 11.53 pagi tadi, doktor mengesahkan pemain drum lagenda yang merupakan tunjang serta pengasas kumpulan Search iaitu Yazit Ahmad atau lebih dikenali sebagai Yazit Search telah kembali ke Rahmatullah (Sumber Febian TV).
Semalam, bekas pemain dram kumpulan search, Yazit Ahmat, 57, dilaporkan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan sokongan hayat. Keadaan Yazit itu dimaklumkan isteri Yazit, Ramlah Mat 59, kepada Harian Metro, semalam. Menurut Ramlah, doktor mengesahkan otak yazit tidak berfungsi dan mengalami sawan kerana kekurangan oksigen. 'Doktor berusaha memberikan yang terbaik tetapi jika jantungnya berhenti mengejut, mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi dan meminta kami redha' tambahnya.
Bekas pemain dram itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi oleh anaknya berikutan masalah sesak nafas. Terdahulu beliau pernah dimasukkan ke hospital awal bulan ini atas masalah yang sama tetapi dibenarkan keluar dua hari kemudian. 'Kejadian pagi ini (semalam) lebih membimbangkan, keadaannya lemah, mulutnya berbuih, malahan ketika tiba di Unit Kecemasan jantungnya sempat terhenti dan banuan pernafasan terpaksa diberikan sehingga keadaannya pulih' terang Ramlah. Dimasukkan di Zon Merah, Yazit ditidurkan untuk mengstabilkan keadaan dan doktor memberitahu peluangnya hanya 80:20 kerana pelbagai komplikasi. 'Dia mengalami sawan kerana tiada oksigen di otak, paru-parunya berkuman dan buah pinggangnya sudah rosak, disebabkan usianya tulangnya reput kerana rawatan dialysis' tambah Ramlah. Takziah buat ahli keluarga Allahyarham. - CARI
|
ADVERTISEMENT