CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Yeo Bee Yin Digesa Letak Jawatan, Syarikat Suami Didakwa Terlibat Kebakaran Di Indonesia

27-9-2019 05:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6955| Komen: 50|Original author: Sang_Pencinta

YB Yeo Bee Yin yang juga  Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) digesa oleh beberapa orang pemimpin pembangkang untuk meletak jawatan selepas dakwaan syarikat milik suaminya terlibat dalam kebakaran hutan di Indonesia. 


Minggu lalu, Indonesia melaporkan sebanyak 103 perusahaan didapati terlibat membakar hutan dan 5 daripadanya dari Malaysia, selebihnya perusahaan Indonesia. 

Kredit foto: Carian Google


Menurut laporan Malay Mail, 5 perusahaan Malaysia itu ialah Sukses Karya Sawit (PT SKSI anak syarikat IOI Corporation,  Sime Indo Agro (PT SIA) anak syarikat Sime Darby Plantation Bhd,PT Rafi Kamajaya Abadi (PTRKA) anak syarikat TDM Bhd, dan P.T. Adei Plantation and Industry (P.T. Adei), anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd.


Suami kepada YB Yeoh, En. Lee Yeow Seng ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi IOI Properrties Group Bhd.


Kredit foto: Carian Google

Sehubungan dengan itu, bekas wakil rakyat Pulau Bentong, Muhammad Farid Saad dan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong menggesa YB Yeo Bee Yin untuk mengundur diri supaya tidak mengamalkan pilih kasih.

Farid memberitahu bahawa portolio MESTECC sepatutnya dipegang oleh seseorang yang tidak terlibat dengan dunia korporat, lapor Malaysiakini.

'Dia punya hubungan dengan IOI Group dan dikhuatiri akan gagal menasihati Kabinet dengan berkesan ekoran kemungkinan pilih kasih' dakwanya. 

Komen Farid turut disokong oleh Nicole Wong.


Kredit foto: Carian Google


Bagaimanapun YB Yeo yang dihubungi pemberita sebaliknya mendesak pembangkang supaya memberikan kritikan yang membina. Yeo memberitahu Indonesia berhak mengambil sebarang tindakan kerana kejadian itu berlaku di tanah mereka dan tidak ada guna untuk menuding jari.

'Kalau ada idea bernas, kita akan ambil kira' bidas Yeo.

Yeo berkata buat masa ini Kementeriannya sedang merangka undang-undang alam sekitar yang lebih tegas di Malaysia.



Kredit foto: Carian Google


Kegagalan Indonesia mengambil sebarang tindakan ke atas pesalah di negaranya bagaimanapun dikesali. Mereka sebaliknya sibuk menuding jari dan sehingga 24 September, tidak ada satu pun lesen syarikat terlibat digantung.

Agak dikesali Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK) Indonesia Siti Nurbaya Bakar lebih berminat untuk menuding jari kepada 5 perusahaan asing sedangkan beliau gagal menegakkan hukum kepada 100 perusahaan milik negaranya sendiri. - CARI 

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 27-9-2019 05:26 PM
Patut dua2 menteri Malaysia and Indonesia letak jawatan. Yg Indo should consider harakiri Terus
Quote Kurex 27-9-2019 05:28 PM
Ingatkan syarikat melayu, rupanya syarikat cina yg kononnya bangsa paling suci dalam dunia
Quote relaxjek 27-9-2019 05:51 PM
Yes patut letak jawatan ..
Quote cclina2 27-9-2019 05:56 PM
applause ..tepukkk
Quote pyropura 27-9-2019 06:05 PM
IOI properties business ladang ka???
Kalaupun terlibat, laki dia lah kena letak jawatan CEO, apa kaitan kes kat indon Menteri Msia pulak letak jawatan ??'
Quote danieladam 27-9-2019 06:08 PM
Mau cina ni nak letak jawatan..terowong x wujud, banglo mewah pon x nak letak jawatan. Apa sangat bakar utan kat negara org. Yg pelik, tetap ada penyokong. Hahaha
Quote pumpkingirl 27-9-2019 06:17 PM
Sheols muntri alam sekitar..yg bestnya laki sheols slalu dikaitkan dgn kes2 memusnahkn alam sekitar..dr kes psir gudang ke jerebu ni..apakah sheols dikahwini oleh shubennya demi nak dpt payung utk merosakkan alam skitar sesuka hati?point to ponder.
Quote dino 27-9-2019 06:19 PM
pyropura replied at 27-9-2019 06:05 PM
IOI properties business ladang ka???  
Kalaupun terlibat, laki dia lah kena letak j ...

bengap takleh blah ko nih
kes pasir gudang pun sama.... klau puak2 ko... ko jilat licin
Quote dino 27-9-2019 06:20 PM
danieladam replied at 27-9-2019 06:08 PM
Mau cina ni nak letak jawatan..terowong x wujud, banglo mewah pon x nak letak jawatan. Apa sangat ba ...

tu psl.. penjilat ttp jilat
klau zaman umno puak munafik ni gigih suh letak jawatan... tgk lynas tu dah la

weh tak sabar nak mengundi blk oooi
Quote sarah82 27-9-2019 06:21 PM
Kes paair gudang pun boleh kata histeria.. Ni kan pulak dok kat indonesia
Quote rayriff 27-9-2019 06:28 PM
pumpkingirl: Sheols muntri alam sekitar..yg bestnya laki sheols slalu dikaitkan dgn kes2 memusnahkn alam sekitar..dr kes psir gudang ke jerebu ni..apakah sheols di ...

kan.. kadang terfikir ko kawen dengan dia sebab ape ye.. pastu takde ke benda ni jadi conflict of interest?
Quote pyropura 27-9-2019 06:59 PM
dino replied at 27-9-2019 06:19 PM
bengap takleh blah ko nih
kes pasir gudang pun sama.... klau puak2 ko... ko jilat licin

Gomen indon yg gagal kawal kebakaran, napa menteri kita kena resign? Soalan dlm bahasa mudah
Quote pyropura 27-9-2019 07:01 PM
dino replied at 27-9-2019 06:19 PM
bengap takleh blah ko nih
kes pasir gudang pun sama.... klau puak2 ko... ko jilat licin

Kes pasir Gudang terjadi sebab penjawat2 awam tak buat keja. Sapa penjawat awam? Cina Dapig kah?
Quote sarahmirza 27-9-2019 07:03 PM
Bila Msia nak saman Indon yang sebabkan jerebu?
Quote dino 27-9-2019 07:08 PM
pyropura replied at 27-9-2019 07:01 PM
Kes pasir Gudang terjadi sebab penjawat2 awam tak buat keja. Sapa penjawat awam? Cina Dapig kah? : ...

mmg ko kaki jilat..
lg nak spin dgn bodonya.... kau staff buat silap yg kena bertanggungjwb tu manager... takyah tunjuk bongok bleh taj?
Quote Jiddin 27-9-2019 07:17 PM
Edited by Jiddin at 27-9-2019 08:19 PM
rayriff replied at 27-9-2019 06:28 PM
kan.. kadang terfikir ko kawen dengan dia sebab ape ye.. pastu takde ke benda ni jadi conflict of  ...


Aku rasa dia kawin sbb dia fikir dia dh jumpa her ideal prince charming.....kaya lagi dan bekas bos mak dia. Mcm fairy tales. Aku yakin dia tiada vested interests bila dia kawin dgn laki dia. She married for love and perhaps duly social status.

The same cannot be said utk laki dia. He could have married any woman he wants but I suspect he purposely chasing Teo Bee Yin with vested interests.

In a way, aku kesian dgn menteri ni. Her supposed fairy tales is now leading to her career downfall.
Quote pyropura 27-9-2019 07:25 PM
dino replied at 27-9-2019 07:08 PM
mmg ko kaki jilat..
lg nak spin dgn bodonya.... kau staff buat silap yg kena bertanggungjwb tu ma ...

Kalau dia ambik tindakan kat penjawat awam tu, siaplah akan ditudoh Dapig anti melayu, Dap nak buang penjawat awam bla bla.... Akai lobai kan
Quote dino 27-9-2019 07:26 PM
pyropura replied at 27-9-2019 07:25 PM
Kalau dia ambik tindakan kat penjawat awam tu, siaplah akan ditudoh Dapig anti melayu, Dap nak bua ...

oo gitu je gomen kaki jilat
Quote honeybee1802 27-9-2019 08:13 PM
pyropura replied at 27-9-2019 06:05 PM
IOI properties business ladang ka???  
Kalaupun terlibat, laki dia lah kena letak j ...

Lor sistur...tanah putrajaya dulu bukan ka sebagian dr ladang ioi jugak ker?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.046968 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top