Tersentuh! Situasi yang jarang dapat dilihat pada masa ini, apabila seorang nenek memberi makanan kepada cucunya ketika waktu rehat persekolahan.
Foto yang tular di laman sosial itu menunjukkan seorang nenek menjamah makanan bersama cucunya di bawah teduhan sebuah pokok dan mereka dipisahkan pagar sekolah. Difahamkan kejadian berlaku di sebuah sekolah di Tawau, Sabah sebelum ia dimuat naik di sebuah akaun Facebook. “Kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya yang sanggup menghantarkan makanan di sekolah buat cucunya sewaktu sesi rehat persekolahan menarik perhatian netizen di daerah ini,” tulis akaun Facebook bernama Viral Malaysia.
Meskipun begitu, ada juga pihak yang mempersoalkan tindakan nenek itu yang tidak menghantar makanan terus ke dalam kawasan sekolah. "Ada kemungkinan peraturan ketat diberikan kepada penjaga atau orang luar untuk masuk ke kawasan sekolah yang perlu dipatuhi," tulis kapsyen di hantaran Facebook itu lagi. Apa pun, ramai yang berasa terharu dengan kasih sayang seorang nenek ini terhadap cucunya. Pasti ramai yang teringat dengan kenangan zaman sekolah pada 80-an dan 90-an kan yang tidak jauh berbeza dengan situasi di atas. - CARI |
supernaturalee replied at 25-9-2019 09:21 PM
Kenapa mkn di luar pagar?
Ambillah galah tolong jolokkan
HannahMontana replied at 25-9-2019 06:37 PM
Kita dilahirkan didunia untuk terus menyayangi orang yang membesarkan kita.
Yang melahirkan belum ...
kroit92 replied at 26-9-2019 01:08 AM
teringat masa kecik dulu, mak datang teman makan kat sekolah rendah
ayah tunggu kat luar pagar, ...
kroit92 replied at 26-9-2019 01:08 AM
teringat masa kecik dulu, mak datang teman makan kat sekolah rendah
ayah tunggu kat luar pagar, ...
ADVERTISEMENT