Restoran makanan segera KFC telah memperkenalkan ayam berasaskan tumbuhan Beyond Fried Chicken untuk sehari di cawangannya di Smyrna, Georgia pada 27 Ogos 2019 lalu. Pengenalan menu ini hanya sebagai percubaan untuk melihat sama ada menu ini mendapat permintaan yang tinggi atau tidak. Namun, selepas iklan rasmi dikeluarkan, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke restoran yang dinyatakan dan mula beratur seawal pagi untuk merasa ayam goreng vegetarian ini. Sampel produk baru itu dibangunkan dengan kerjasama Beyond Meat dan pelanggan boleh membeli nuget serta kepak ayam tanpa tulang yang diperbuat daripada bahan bukan daging dan laris dijual dalam tempoh 5 jam. "Saya rasa kita semua sudah mendengar 'ia rasa seperti ayam', jadi pelanggan akan kagum dan berkata, 'ia rasa seperti Kentucky Fried Chicken!", kata Presiden dan Ketua Pegawai Konsep bagi KFC AS, Kevin Hochman. Terdahulu, KFC telah memperkenalkan Impostor Burger di mana dagingnya juga berasaskan dari tumbuhan yang turut mendapat sambutan hangat dan terjual setiap minit di kota London. KFC memperkenalkan menu ini selepas pesaingnya dalam dunia restoran makanan segera, Burger Kings memperkenalkan Impossible Whopper, hamburger daging versi tanpa daging yang dibangunkan bersama-sama Impossible Foods. Beyond Meat dan Impossible Food adalah antaranya syarikat yang menghasilkan daging tiruan atau pun daging analog dengan menggunakan produk berasaskan soya atau gluten. Ini membolehkan pengamal makanan vegetarian turut sama merasai keenakan makanan seakan daging. Beyond Meat dalam kenyataannya berkata maklum balas dari pelanggan di Georgia akan membantu KFC mempertimbangkan hidangan ayam tiruan bebas daging ke seluruh negara. Bagaimanakah agaknya rasa daging ayam tapi bukan ayam ini agaknya. Semoga menu ini turut dipasarkan oleh KFC Malaysia kelak. - CARI |
Suchi replied at 26-9-2019 11:39 AM
Oh ok la utk vege bleh gak merasa makan kepsi hahah penah mkn kari daging vege mmg rasa lebih kurang ...
natrahn replied at 26-9-2019 11:42 AM
Kat Malaysia da ada restoran vegan ke? Area mana tu?
RatuDunia94 replied at 26-9-2019 12:29 PM
Harga mcm mana plak.. murah ke mahal?
natrahn: Kat Malaysia da ada restoran vegan ke? Area mana tu?
Lolalala replied at 26-9-2019 02:16 PM
Dulu pernah makan dekat food court IJN. Igt daging betul, sekali ada kayu eskim dalam dia. Rasa ...
Suchi replied at 26-9-2019 11:39 AM
Oh ok la utk vege bleh gak merasa makan kepsi hahah penah mkn kari daging vege mmg rasa lebih kurang ...
felinecat replied at 26-9-2019 04:35 PM
Portobello myshroom.sedap gak, tp nahei
felinecat replied at 26-9-2019 04:35 PM
Portobello myshroom.sedap gak, tp nahei
ADVERTISEMENT