Satu Malaysia tahu tentang kisah penceraian antara Aliff Aziz dan Bella Astillah. Semuanya berpunca dengan sikap Aliff Aziz yang didakwa curang berkali-kali.
Walaupun dah berpisah katanya masing-masing belum move on? Baru-baru ini siap buat IG Live sama-sama. Berduet berdua, macam pasangan tengah hangat bercinta gayanya. Ramai sebenarnya yang berharap agar pasangan ini bersatu semula tapi dalam masa yang sama ada juga pihak yang kurang senang. Video tersebut menyebabkan Bella digelar bodoh kerana masih berbaik dengan bekas suaminya itu. "Dah dicurangi dan disakiti banyak kali pun tetap layan Aliff dengan baik," antara komen dari warganet. Ada juga yang mendakwa Bella lapar perhatian. Salah ke kalau dah bercerai tapi berkawan baik dengan bekas suami atau isteri? Tolong jawabkan. -CARI
|
damian_lee replied at 24-9-2019 04:38 PM
Dulu bila ada yang kecam bella
Dikecamnya orang tu balik
Kurex replied at 24-9-2019 04:56 PM
Comel senyuman alip.. Semoga alip nampak kecantikan luaran kurex..
ADVERTISEMENT