CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Marah Tak Kalau Dapat Tahu Suami Tukar Isi Mayones Kegemaran Dengan Mayones Lain?

24-9-2019 03:32 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9002| Komen: 37|Original author: Oleh: LilRose

Setiap orang memiliki cita rasa berbeza dan jenama kegemaran bagi produk tertentu. Begitu juga dengan bahan masakan.

Cuba lihat di dapur anda. Pasti ada botol kicap, minyak dan sebagainya yang tidak pernah bertukar jenamanya. Malah, ada yang sanggup tak nak makan kalau bukan kicap manis Cap Kipas Udang yang digunakan!



Gambar Hiasan

Sama seperti wanita ini. Namun, ada cerita menarik dan melucukan di sebaliknya.

Selama ini, dia menyangkakan mayones kegemaran yang dibelikan suaminya adalah jenama Hellmann yang agak mahal. Tetapi, dia langsung tidak menyedari bahawa isinya (mayones) adalah daripada jenama lain.


Kredit foto: giphy.com

Menerusi sebuah posting di laman sembang Reddit, seorang lelaki membuat pengakuan bahawa dia telah menipu isterinya selama setahun dengan menukarkan isi mayones kegemaran wanita itu tanpa pengetahuannya.

Akuinya, selama ini dia sebenarnya membeli mayones dari pasar raya Aldi yang jauh lebih murah dan memasukkan isinya ke dalam botol mayones Hellmann menggunakan piping bag.

Malah, botol Hellmann itu adalah botol sama digunakan sejak setahun lalu!

Kata lelaki itu, isterinya langsung tidak menyedari dirinya ditipu hidup-hidup selama ini.


Kredit foto: Reddit/Mirror

"Sedang memasukkan mayones yang dibeli di pasar raya Aldi ke dalam botol Hellmann yang digunakan sejak setahun lalu, jadi dia (isteri) tidak akan tahu dia sebenarnya 'hanya orang kebanyakan'," tulisnya.

Kalau dilihat harganya, memang padanlah lelaki itu berbuat demikian. Kita beli mayones Lady's Choice pun dah okey, kan?


Kredit foto: Lazada


Kredit foto: TESCO Malaysia

Aduhai, kasihan isterinya yang selama ini menyangka dia memakan mayones rendah lemak. Ada yang pernah buat macam ni tak? - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 24-9-2019 03:54 PM
Tak sedap la ladys choice. dah jemu kot, kewpie sedap
Quote Skuau 24-9-2019 04:05 PM
"pasal mayones pon dinda nak memancung mancung"-Kekanda....
Quote palmolive 24-9-2019 04:07 PM
alahai tular pun
Quote kuroblack 24-9-2019 04:14 PM
Catpaw replied at 24-9-2019 03:54 PM
Tak sedap la ladys choice. dah jemu kot, kewpie sedap

Aiols makan kewpie yg merah masa tgh diet. Tp tak kena dgn taste aiols.
Quote Catpaw 24-9-2019 04:16 PM
kuroblack replied at 24-9-2019 04:14 PM
Aiols makan kewpie yg merah masa tgh diet. Tp tak kena dgn taste aiols.

yg telur kuning semua tu ye,melos tak gemar agt yg tu, yg hijau tu sedap
Quote kuroblack 24-9-2019 04:19 PM
Catpaw replied at 24-9-2019 04:16 PM
yg telur kuning semua tu ye,melos tak gemar agt yg tu, yg hijau tu sedap

Telur kuning? Aiols pon x pasti. Aiols cr yg carbs nya rendah. Hijau tu bukan mcm sayur sayur ka?
Quote Boomibulat 24-9-2019 04:27 PM
Catpaw replied at 24-9-2019 03:54 PM
Tak sedap la ladys choice. dah jemu kot, kewpie sedap

I pun mkn kewpie merah..sdp angat2..btw cmana sebutan yg betul..kiupi ke kiupai
Quote binipopeye 24-9-2019 04:31 PM
mayonis jer pun... lady choice pun ok jer... asal kan jgn kimball paket yg tuh xsedap langsung.. jenama gah pun ade tanda halal ker xtuh.. nk jd darah daging ni hati2 skit..
Quote BlueRose99 24-9-2019 04:45 PM

Hakak pakai Kimball je. Sedap pun sedap!

Quote q@2a 24-9-2019 04:46 PM
Kita guna mayonis sajimayo je...
Quote mawarika 24-9-2019 04:47 PM
Lady choice tak sedap la. Pakai heinz kena dgn tekak mcm lemak lemak gitew..
Quote prettyuglybabe 24-9-2019 04:50 PM
dah tipu pastu ko viral
Quote kucingitam 24-9-2019 04:52 PM
nampak naw takde beza rasa mayonis mahal dgn murah sampai tak perasan...
Quote misssakura 24-9-2019 05:02 PM
apa tujuan viral ni? nak suruh netizen tahu bini kau bodoh dan pemalas ke?
Quote sarah82 24-9-2019 05:05 PM
Kewpie sedap.. Lady's choice biasa sajork
Quote Miss.H 24-9-2019 05:21 PM
Janji sedap sudaa
Quote Catpaw 24-9-2019 06:00 PM
kuroblack replied at 24-9-2019 04:19 PM
Telur kuning? Aiols pon x pasti. Aiols cr yg carbs nya rendah. Hijau tu bukan mcm sayur sayur ka?

Aah sayur, sedap yummeh
Quote Catpaw 24-9-2019 06:01 PM
Boomibulat replied at 24-9-2019 04:27 PM
I pun mkn kewpie merah..sdp angat2..btw cmana sebutan yg betul..kiupi ke kiupai

Meols hentam ja sebut Qpi Qpai ikut je stail melayu sebut
Quote Catpaw 24-9-2019 06:02 PM
BlueRose99 replied at 24-9-2019 04:45 PM
Hakak pakai Kimball je. Sedap pun sedap!

Yang ni pun kena ngan tekak meols

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050824 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top