KUANTAN – Golongan muda negara ini dilihat lebih cenderung mempercayai media sosial sebagai sumber berita sekalipun sebahagian besar laporan atau maklumat yang disebarkan itu tidak benar. Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin berkata malah golongan berusia 30 tahun ke bawah itu kini menjadikan media sosial sebagai akses maklumat utama mereka. “Sekarang ini media perdana tidak lagi diiktiraf sebagai saluran perdana oleh golongan muda, media perdana hanya menjadi saluran maklumat utama kepada golongan orang-orang lama sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Program Semarak Patriotisme 1Malaysia di sini, hari ini.Menurut beliau, golongan itu juga dilihat tidak lagi berminat menonton atau mendapat maklumat menerusi media arus perdana seperti televisyen atau akhbar-akhbar utama. “Mereka gunakan media sosial seperti blog di Internet untuk berinteraksi sesama mereka, membuatkan mereka lebih mempercayai saluran sosial berkenaan walaupun berita-berita di dalam itu sebahagian besar adalah tidak benar tetapi mereka menganggapnya benar,” katanya. Beliau berkata trend itu perlu ditangani dengan sebaiknya supaya tidak semakin parah sehingga akhirnya boleh menjejaskan perpaduan dan intergrasi nasional. “Sebagai contoh apabila kita merayakan sambutan 50 tahun Hari Malaysia dan 56 Tahun Hari Kemerdekaan, kita minta semua kibar Jalur Gemilang untuk memeriahkan dan menyemarakkan lagi patriotisme. “Sebaliknya, terdapat golongan muda yang mengibarkan bendera lain, begitu juga lagu Negaraku yang telah kita dendangkan selama ini tetapi ada suara-suara yang menentang lagu tersebut,” katanya. Selain itu, beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh jabatannya terdapat golongan yang lantang bersuara memberi pandangan bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan negara, dan mempengaruhi orang muda dengan idealisme mereka.
|
skymania posted on 6-10-2013 01:29 PM
abis..nak percaya maintream paper.. yg semenyer di rasuah.. kalu berita negatif or sebaliknya..lesen ...
lantanao8 posted on 6-10-2013 01:40 PM
org macam ko ni baik baca katun aje......mangga mangga mangga
leylapple posted on 6-10-2013 11:06 AM
huh...
kalo tak baca tenet, tak tau penyelewengan dana kerajaan berjuta2..
ADVERTISEMENT