Seorang lelaki maut selepas melompat di hadapan sebuah kereta api sambil mendukung anak perempuannya berusia 5 tahun. Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan terselamat dan hanya mengalami cedera ringan. Lapor The Sun, lelaki terbabit dipercayai cuba membunuh diri bersama anaknya pada Isnin di stesen Kingsbridge Road, di Bronx, New York. Difahamkan, kira-kira jam 8 pagi, lelaki berusia 45 tahun itu melompat di hadapan kereta api berkenaan yang sedang memasuki stesen. Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Jacobi untuk mendapatkan rawatan akibat cedera ringan selepas dikeluarkan dari bawah kereta api berkenaan oleh beberapa saksi di tempat kejadian.
Menurut keterangan saksi, kanak-kanak itu dilihat hanya mengalami lebam pada dahi dan lengan. - CARI
|
lemak_masin replied at 24-9-2019 01:05 PM
Sian.. maybe nak mati ngan anak sbb pk takde sapa jaga lepas dia mati.. last2 anak panjang nyawanyaa ...
Megikari replied at 24-9-2019 06:52 AM
Kesiannya anak dia {:cryrun
Mesti bapak dia sayang sangat kat anak dia tapi dah gave up hope. Dia ...
ADVERTISEMENT