CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Budak Kaki Kelab Juga Menang' - Kemenangan Haneesya Hanee Dipertikai

24-9-2019 10:45 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3559| Komen: 11|Original author: Sang_Pencinta

Seperti kebiasaannya pada setiap majlis anugerah di negara kita, rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi!

Demikian juga berlaku bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian KE 32 (ABPBH) melibatkan beberapa kategori yang dimenangi oleh artis yang tidak disangka-sangka. 


Kredit foto: Instagram / mstar


Salah satunya ialah Artis Baharu Wanita Popular yang dimenangi oleh Haneesya Hanee menewaskan Aina Abdul, Amelia Henderson, Masya Masyitah dan Sarah Suhairi.

Walaupun di atas kertas, nama Haneesya lebih dikenali ramai, namun penglibatannya lebih kepada dunia modelling sedangkan ABPBH umumnya dimonopoli oleh pelakon, penyanyi mahupun pengacara. 

Tambahan pula, Haneesya pernah mencetuskan kontroversi awal tahun lalu selepas kemenangannya dalam Dewi Remaja ditarik balik susulan videonya bersama rakan-rakan sedang berhibur di kelab malam tersebar meluas.




Oleh itu, kemenangan Haneesya dipertikaikan ramai, terutamanya di laman Instagram beliau.

'Apa pencapaian dia? Dia undi diri sendiri ni' kata seorang netizen.

'Siapa yang bodoh undi dia' kata seorang lagi.

'Kenapa kaki kelab malam yang menang? Adakah party mabuk-mabuk meraikan kemenangan'  tambah seorang lagi. 

Kredit foto: Instagram



Bagaimanapun, Haneesya mengambil langkah bijak apabila tidak melayan kecaman-kecaman yang mempertikaikan kemenangannya. Sebaliknya beliau memuatnaik beberapa buah video beserta kata ucapan penghargaan untuk peminatnya.



Kredit foto:  Instagram


Di sebalik pelbagai tohmahan, ramai juga peminat yang memberikan ucapan tahniah dan penghargaan ke atas kemenangan itu.

'Aku konfiden gila Haneesya menang, padan muka siapa yang downkan dia masa crown ditarik dulu' kata seorang peminat beliau.


Kredit foto: Instagram



Yang pasti, rezeki tak pernah salah alamat dan tahniah kepada Haneesya Hanee atas kemenangannya. Semoga beliau dapat membuktikan bakatnya selepas ini untuk menutup segala tohmahan.- CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-9-2019 10:49 AM
Baju tu nampak murah sebab fabrik dia.. Kena dekat badan dia ni, lqgi nampak buruk.
Quote namakudidie 24-9-2019 11:14 AM
Kenapa amelia tercalon artis baru? Bukan ke dah berlakon sejak kecik?
Quote umbut 24-9-2019 11:22 AM
Ingat kaki kelab selamanya kelab ke.. muda2 biasalah enjoy.. yg x pernah gi kelab acah2 suci maksum bagai...  x semua gi kelab minum.. ala2 enjoy joget je.. dah tua ni x heran pun sebab dah rasa..
Quote msdummy.2018 24-9-2019 11:23 AM
why this person is deserve a thread in this forum? 2-3 benang cerita pasal dia (berkisar pasal anugerah yg sama)....kalo cerita lain2 syok gak....lain kali tlg gali sebelum buka thread
Quote RatuDunia94 24-9-2019 01:24 PM
namakudidie: Kenapa amelia tercalon artis baru? Bukan ke dah berlakon sejak kecik?


Sbb sheols baru letop last year.. sebelum ni x berlakon drama melayu sgt
Quote nanies 24-9-2019 01:25 PM
sape undi dia? angkat tangan sini, meouls nk bg adiah. alahai, yg pengundi pun, agak2 la.. bila dia menang award gini, makin dia rasa tak bersalah la, melayu g club, minum arak, underage. kot dia undi dia sendiri kottt
Quote Sang_Pencinta 24-9-2019 01:34 PM
nanies replied at 24-9-2019 01:25 PM
sape undi dia? angkat tangan sini, meouls nk bg adiah. alahai, yg pengundi pun, agak2 la.. bila dia  ...

Kelab peminat dia macam ahli keluarga yang handle
Mungkin melabur besar untu menang
Quote julielapadite 24-9-2019 03:53 PM
tak puas hati sbb dia budak kelab? retis-retis lain chuols ingat sesuci embun pagi ke......

tp mmg dia tak layak menang pun, not because her clubbing attitude la.
Quote HannahMontana 24-9-2019 06:52 PM
susah  pakai baju meleweh terlebih-;ebih ,bila nak berjalan kena  pegang mcm  karau kain cadar nak bawa gi basuh...cehhhhhhhhh
Quote Perawankota 24-9-2019 11:08 PM
Ko nak buat apa lantak ke ko.. tapi, aku mohon kurangkan drama air mata ko n x perlu sebut mende2 x perlu. Stay humble.
Quote Artemesiaa 25-9-2019 04:15 PM
Sebab ada isu kontroversi mungkin

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046560 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top