CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Bekas Pelakon Mission Impossible 3 Bakal Bintangi Biopik Di Malaysia

24-9-2019 11:13 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 4499| Komen: 20

Pelakon berdarah Irish, Jonathan Rhys Meyers telah dipilih untuk melakonkan watak Sir James Brooke dalam The White Rajah, sebuah filem dari produksi bertaraf Hollywood. Rhys Myers sebelum ini pernah dilihat dalam filem-filem blockbuster antarabangsa seperti Mission Impossible 3 dan Velvet Goldmine.

Kredit Foto: Star2.com

The White Rajah merupakan sebuah biopik berkisarkan James Brooke yang pernah suatu ketika dikenali sebagai Raja Putih Sarawak. Menurut Wikipedia, penggunaan nama Rajah itu merupakan cara membezakan gelaran keluarga diraja dan keluarga Brooke. Biopik tersebut dikatakan mula difilemkan pada 24 September dan dianggarkan berakhir pada hujung Oktober. Salah satu keunikan filem ini adalah ia bakal menggabungkan kepelbagaian bahasa termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Iban, Bidayuh dan lain-lain dialek suku kaum Sarawak.


The White Rajah disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, dan ia akan difilemkan sepenuhnya di negeri tersebut. Ia juga akan menjadi satu inisiatif yang positif untuk mempromosikan kecantikan semulajadi yang terdapat di Sarawak. Menurut Rob Allyn selaku produser filem ini, filem ini akan menjadi filem Hollywood pertama yang digambarkan sepenuhnya di Malaysia, dan ia berkisarkan sejarah di Malaysia sendiri.

Kredit Foto: Gempak.com
Filem ini juga akan dibintangi barisan pelakon-pelakon tempatan yang hebat seperti Bront Palarae, yang akan memegang watak Pengiran Indera Mahkota. Shaheizy Sam dan Dato' Rahim Razali turut akan membintangi filem ini. Selain itu, barisan pelakon-pelakon lain dari Asia Tenggara juga akan memeriahkan filem ini, seperti Atiquah Hasiholan dan Yusuf Mahardika dari Indonesia serta Josie Ho dari Hong Kong. Sementara itu, Dominic Monaghan yang sebelum ini pernah membintangi siri filem Lord of The Ring akan memainkan watak Colonel Arthur Crookshank, sepupu kepada Brooke.

Setakat ini masih tiada info tentang tarikh tayangan filem ini, tapi jarang-jarang kita dengar filem biopik tentang sejarah dipentaskan secara besar-besaran, lagi-lagi di peringkat antarabangsa. Inikan pula terus naik ke Hollywood! Fuh, tentu menarik filem ni nanti. Sama-sama kita nantikan! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 24-9-2019 11:19 AM
Indon jangan jeles..
Quote sarah82 24-9-2019 11:21 AM
Lor.. Shalom dah buka thread ni 2 hari lps..
Quote Kurex 24-9-2019 11:21 AM
Wowww muka Jonathan Meyers ni ada karisma yg boleh buatkan kurex terkesima
Quote RatuDunia94 24-9-2019 01:17 PM
Ujung2 jd mcm Vikingdom
Quote gideoncross 24-9-2019 05:34 PM
Jems Beruk.
Quote ShawnGray77 24-9-2019 11:04 PM
Wow Velvet Golmine ... 2 of my fav actors juga berlakon di movie itu. Ewan McGregor and Christian Bale
Quote Perawankota 24-9-2019 11:04 PM
Aku blh ckp filem bakalan flop wlopon jln cerita bagus and casts semua power2. Sbb rakyat malaysia x suka tgk filem mcmni kecuali aku n segelintir yg lain..
Quote umbut 24-9-2019 11:07 PM
Perawankota replied at 24-9-2019 11:04 PM
Aku blh ckp filem bakalan flop wlopon jln cerita bagus and casts semua power2. Sbb rakyat malaysia x ...

Ni hollywood.. Bkn target malaysia.. Target dunia..
Quote haitu 24-9-2019 11:08 PM
filem sejarah asli malaysia yang menyembah raja dari british sebab tak punye raje sendiri
Quote Perawankota 24-9-2019 11:12 PM
umbut replied at 24-9-2019 11:07 PM
Ni hollywood.. Bkn target malaysia.. Target dunia..

Alamak x baca abis.. maafkanlaaaaaaaa
Quote umbut 24-9-2019 11:17 PM
haitu replied at 24-9-2019 11:08 PM
filem sejarah asli malaysia yang menyembah raja dari british sebab tak punye raje sendiri

Ni kisah borneo lah goblok.. Sebelum persekutuan malaysia.. Ehhh.. Indon ni memang menyibukkkkk.. Pergi jaga negara kau lah.. Sibukkkk je
Quote haitu 24-9-2019 11:38 PM
umbut replied at 24-9-2019 11:17 PM
Ni kisah borneo lah goblok.. Sebelum persekutuan malaysia.. Ehhh.. Indon ni memang menyibukkkkk..  ...

kalimantan borneo ade raja sendiri , ade candi sendiri,  ade ke wilayah borneo lain dari sabah brunei sampai sarawak yang mempunyai tamadun candi sendiri ??sepatutnye sarawak kembali kepada raja asalnye empayar kalimantan bukannye british
Quote umbut 25-9-2019 12:04 AM
haitu replied at 24-9-2019 11:38 PM
kalimantan borneo ade raja sendiri , ade candi sendiri,  ade ke wilayah borneo lain dari sabah bru ...

Kau x payah sibukkkkk lah indon.. Gi jaga negara kau.. Tak payah nak sibuk... Lantaklah ada apa pun.. Kau sibuk knp.. Indon overproud busuk hati dengki..
Quote haitu 25-9-2019 12:08 AM
umbut replied at 25-9-2019 12:04 AM
Kau x payah sibukkkkk lah indon.. Gi jaga negara kau.. Tak payah nak sibuk... Lantaklah ada apa pu ...

kitorang memang jage negare kite sendiri dengan membagi tau sejarah yang sebenar dari negare malaysie bahawe sarawak itu dibawah kuase  empayar kalimantan , mesti la sejarah malaysie tak pernah bagi tau kan
Quote apedehal 25-9-2019 12:18 AM
RatuDunia94 replied at 24-9-2019 01:17 PM
Ujung2 jd mcm Vikingdom

Burok betul citer vikingdom tu..tp ni produksi holiwud kan? Tingat jessica alba jd org iban dlm sleeping dictionaries
Quote umbut 25-9-2019 09:06 AM
haitu replied at 25-9-2019 12:08 AM
kitorang memang jage negare kite sendiri dengan membagi tau sejarah yang sebenar dari negare malay ...

Lantak kau lah.. satu dunia kau nak claim.. claim semua. Satu dunia berasal dari indon.. semuaaaaaaaaaaa asal dari indon.. puas hati kau...
Quote haitu 25-9-2019 09:07 AM
umbut replied at 25-9-2019 09:06 AM
Lantak kau lah.. satu dunia kau nak claim.. claim semua. Satu dunia berasal dari indon.. semuaaaaa ...

bukan klaim tapi fakta masa ummah borneo kalimantan sudah buat candi ummah sarawak masih tinggal kat pokok
Quote umbut 25-9-2019 10:47 AM
haitu replied at 25-9-2019 09:07 AM
bukan klaim tapi fakta masa ummah borneo kalimantan sudah buat candi ummah sarawak masih tinggal k ...

Hollywood pun x ingin buat citer candi kalimantan kau tu.. kesian.. sarawak lagi mendunia.. bwekkk
Quote haitu 25-9-2019 10:58 AM
umbut replied at 25-9-2019 10:47 AM
Hollywood pun x ingin buat citer candi kalimantan kau tu.. kesian.. sarawak lagi mendunia.. bwekkk

tak kesah le negare tak de budaye je yg memuja hollywud buat film sejarah memalukan pasal negare dorang sendiri , mestile kaum sarawak kat film tu digambarkan kaum yg miskin ,primitif tak bertamadun kene ajar oleh british dulu baru reti masak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044485 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top