Menyedihkan apabila 38 program akademik di 19 universiti awam digugurkan kerana didapati tidak lagi relevan dengan pasaran kerja. Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) yang mendapati kebanyakan program dalam bidang sains dan kejuruteraan bagi peringkat sarjana dan sarjana muda tidak lagi relevan.
Difahamkan, langkah ini diambil kerana program tersebut 'tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan sejajar permintaan semasa industri'. “Data analitik hari ini menunjukkan industri memerlukan 20,000 kepakaran yang disalurkan daripada universiti,” katanya seperti dilaporkan.
“JPT perlu memastikan stiap siswazah kita memenuhi keperluan yang ditetapkan. Kita perlu mendepani Revolusi Industri 4.0 yang sedang melanda," kata Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, ketua pengarah JPT. Katanya lagi, pihaknya perlu memastikan kursus yang ditawarkan relevan dengan pasaran kerja. Oleh itu, universiti awam perlu menggantikan program akademik yang baru agar sejajar dengan keperluan semasa industri. - CARI
|
Asdan replied at 23-9-2019 02:41 PM
byk duit habis untuk study, hutang pun ada, tapi hanya beberapa % ilmu guna masa kerja,
bukan k ...
airmineral replied at 23-9-2019 06:27 PM
Apa list yg digugurkan tu?
ADVERTISEMENT