Siapa sangka seorang ibu sanggup menjadikan anak sendiri yang berusia 9 tahun sebagai hamba dengan memaksanya mengemis. Kecoh di Indonesia apabila kanak-kanak di Lhokseumawe, Sumatera dipaksa mengemis bagi memuaskan kehendak ibunya yang ketagih syabu dan bapanya yang suka berjudi.
Memetik laporan iNews Indonesia, mangsa akan dipukul ibunya jika gagal membawa sejumlah wang setiap hari. Difahamkan, kanak-kanak itu terpaksa menanggung derita sejak berusia 6 tahun lagi. Namun, akhirnya kedua ibu bapanya ditahan polis baru-baru ini. Pihak polis berkata, mangsa akan dipukul jika mengutip wang kurang daripada 100,000 rupiah (RM29.60).
“Sebaik pulang, ibunya akan mengambil wang untuk membeli dadah dan ujian air kencing mengesahkan wanita terbabit positif syabu. “Bapanya mengambil sebahagian lagi untuk berjudi,” kata Indra T Herlambang, Pegawai Unit Siasatan Jenayah Lhokseumawe. Malah, mangsa bukan sahaja dipukul malah didapati dirantai oleh ibu bapanya. Pun begitu, kedua ibu bapanya menafikan mereka mendera dan memaksa anak mereka mengemis. Sebaliknya hukuman yang diberikan itu adalah kerana anaknya tidak mahu pergi mengaji. - CARI |
ADVERTISEMENT