Penyanyi Zamani, 48, akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya, Nur Juliana Abdul Rani, 36, pada 20 September 2019. Pasangan ini telah mengenali hati budi masing-masing sejak 14 tahun lalu kerana Juliana merupakan pembantu peribadi Zamani yang bekerja di syarikat rakaman milik Zamani dan keluarga. Berpakaian putih, serba ringkas, kedua mempelai ini selamat menyempurnakan majlis akad nikah mereka yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur. Tahun lalu, nama Zamani hangat kembali apabila menyertai program Gegar Vaganza dan berjaya meraih tempat ketiga. Ternyata melalui program itu, terbukti Zamani masih lagi mendapat tempat di hati peminat. Dari situ juga, Zamani kembali berinteraksi dengan media dan mengumumkan akan bertunang dengan Juliana pada Jun lalu. Setelah begitu banyak kontroversi dan menjadi kegilaan para peminat wanita, Zamani akhirnya mendirikan rumahtangga. Tahniah diucapkan! Semoga perkahwinan ini kekal sampai ke syurga. - CARI |
Cpkay replied at 23-9-2019 10:10 AM
tahniah bro zamani.. buang lah spek tu bro... nak tengok gak mata tu
ADVERTISEMENT