CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangkuk Jamban Buatan Emas Dicuri Dari Istana Blenheim!

25-9-2019 11:30 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4074| Komen: 12|Original author: Nia M

Dalam zaman serba canggih sebegini, mangkuk tandas juga semakin lama semakin banyak evolusinya. Kini tak perlu lagi pakai hos kerana kemudahan bidet lebih memudahkan dan bersih untuk persekitaran tandas.

Kredit foto: Carian Google


Tapi pernah tak anda terfikir dapat duduk di mangkuk tandas yang diperbuat daripada emas? Memang dahsyat! Pelik tapi betul-betul ada.

Mangkuk tandas yang diperbuat daripada emas ini adalah hasil karya seorang ahli seni dari Itali iaitu Maurizio Cattelan. Ia diletakkan dalam sebuah pameran hasil seni yang bertempat di Istana Blenheim, United Kingdom. Nilainya mencecah hampir 28 juta Ringgit Malaysia, dan diberi nama 'America'. 

Kredit foto: Carian Google

Apa yang istimewa mengenainya ialah ia bukan model pameran semata-mata, malah ia berfungsi untuk digunakan selama tiga minit sahaja bagi setiap pengunjung. Siapa tak teruja nak membuang dalam mangkuk tandas emas, betul tak?

Tetapi sayang, beberapa jam sahaja selepas pelancaran karya emas ini, mangkuk tandas ini dilaporkan dicuri oleh sekurang-kurangnya dua buah kenderaan pada jam hampir 5 pagi. 

Kedudukan tandas ini berada berdekatan pintu masuk utama, yang mungkin menyebabkan ia lebih mudah dicuri. Akibatnya, saluran pecah dan air melimpah di kawasan berkenaan.

Kredit foto: Carian Google

'America' pernah menjadi hasil tumpuan sejagat pada pertama kali pelancarannya di sebuah muzium di New York pada tahun 2016, dan pernah ditawarkan untuk dipasang di kediaman Presiden Donal Trump.

Susulan kes kecurian itu, seorang lelaki berusia 66 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan. Namun, mangkuk tandas emas itu tidak berjaya ditemui dan dikhuatiri telah dileburkan emasnya.

Apabila ditanya tentang sekuriti sebelum ini, ternyata pihak pengurusan istana merasakan tandas itu tidak memerlukan pengawasan kerana ia telah dipasang dengan sistem perpaipan dan ia telah digunakan oleh berbagai-bagai jenis manusia.

Sayang, kerana hasil karya tidak dijaga sebaiknya. Kalaulah mangkuk tandas ini dibawa ke Malaysia, agak-agak apa yang jadi? - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 25-9-2019 12:31 PM
Len kali letak je lah display.. bukan org tau pon emas betul ke tak..
Quote Foxey 25-9-2019 12:36 PM
Susah nak dapat balik bila dah dicuri. Emas kan boleh dilebur, senang nak jual. Security kat situ lax ka?
Quote Dwdrum 25-9-2019 12:45 PM
kena tulah letak lagi nama amerika .... a taste of your own medicine
Quote Artemesiaa 25-9-2019 01:02 PM
Dah tahu dibuat dari emas yang over confident tak boleh kena curi tu kenapa, penjenayah sentiasa akan ambil peluang bila berkesempatan
Quote allshares 25-9-2019 02:12 PM
I tertarik kenape mesti letak nama America? Adakah kerana trashy nya org US nun? Atau hancingnya org us?
Quote crazybeach 25-9-2019 02:33 PM
so sebenarnya nak kata america ni full of shits lah gituh?
Quote nono86 25-9-2019 05:03 PM
Hahahahaha.. Taik pun emas
Quote Perawankota 25-9-2019 09:57 PM
Woww... Seronok ker kencing atas tu
Quote EvieWanKenobi 25-9-2019 10:19 PM
tak berat ka mangkuk tandas tu?
Quote Malaysia.Doom 25-9-2019 10:42 PM
Sebab Amerika berperang dengan manusia berak bersepah iaitu China....so sama2 bodoh otak taik
Quote Gomea 25-9-2019 11:15 PM
Sesuailah tu jamban nama america
Quote Mfzg89 1-10-2019 12:02 PM
noob gile..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075744 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top