Segan untuk kentut di khalayak ramai? Buat julung kalinya, sebuah pertandingan kentut akan diadakan untuk mengurangkan stigma rasa malu terhadap reaksi tubuh badan yang normal ini. Menurut BBC, negara India bakal mengadakan Pertandingan Kentut buat kali pertama di dunia. Pertandingan itu akan dianjurkan oleh dua orang lelaki, Sangoi dan Sangwe yang berasal dari Surat, Gujarat.
Pendaftaran untuk pertandingan itu bakal dibuka menerusi Internet dan jika anda menang, hadiah yang lumayan akan menanti bagi setiap kategori! Selain mendapat kemahsyuran, pemenang akan mendapat trofi, dan wang tunai antara 5,000 rupees (RM294) ke 15,000 rupees (RM882). Tiga kategori yang bakal dipertandingkan adalah; kentut paling lama, kentut paling kuat dan kentut paling berbau. Setiap peserta akan diberikan masa selama 60 saat untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dan bakal diadili oleh panel yang terdiri daripada artis komedi terkenal negara itu dan beberapa orang doktor.
Ketika ditemuramah BBC mengenai inspirasinya untuk mengadakan pertandingan itu, Sangoi berkata semuanya bermula ketika beliau dimalukan kerana terkentut dengan kuat dalam satu acara keluarga. 'Saya terkentut dengan kuat dan diketawakan, saya rasa jika ada pertandingan saya pasti akan menang,' katanya. Menurut Sangoi lagi, persepsi masyarakat mengenai kentut juga sudah jauh berubah. '30 tahun dahulu, tidak siapa kisah jika kita terkentut kerana ianya normal, kini anda pasti akan dicerca kerana kentut dikatakan menjijikkan' tambahnya lagi. Persoalannya, adakah pertandingan ini akan mendapat sambutan? Dan sejauh manakah matlamat pertandingan untuk menjadikan kentut di tempat awam sesuatu yang normal akan tercapai? - CARI
|
luluaurora replied at 24-9-2019 10:55 AM
Berdasarkan kentut lah dpt diketahui adakah usus kita sehat walafiatt..
Klau kntut bomb atom leh ...
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:02 AM
Biasa kentut kuat bau dia x kuat kan..kentut senyap2 ni yg bau puaka..
Boomibulat replied at 24-9-2019 03:02 AM
Biasa kentut kuat bau dia x kuat kan..kentut senyap2 ni yg bau puaka..
luluaurora replied at 24-9-2019 02:55 AM
Berdasarkan kentut lah dpt diketahui adakah usus kita sehat walafiatt..
Klau kntut bomb atom leh ...
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:02 AM
Biasa kentut kuat bau dia x kuat kan..kentut senyap2 ni yg bau puaka..
ADVERTISEMENT