CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Isteri, Bayi Tidur Tepi Jalan Kerana Hotel Mahal' - Lelaki Kongsi Tips Melancong Murah Dikecam

21-9-2019 08:55 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 38456| Komen: 253|Original author: Sang_Pencinta

Mungkin sudah trend masa kini bagi kaki travel berkongsi tips melancong semurah mungkin di internet. 

Bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki yang sanggup membawa isteri dan bayinya tidur di tepi jalan ketika melancong ke Itali untuk berjimat dikecam netizen.




Kredit foto: Twitter


Dalam satu perkongsian lelaki tersebut bertajuk 'Survival Family', beliau, isteri dan anaknya mengembara merentas Eropah dengan bajet yang minimum. 

Bagaimanapun, kerana ingin menjimatkan perbelanjaan penginapan, beliau sanggup mengajak mereka tidur di tepi jalan.

'Kami minum di air paip pancur yang ada di taman dan makan bekalan biskut kerana harga hotel mahal sekitar 50 Euros (RM230) semalaman, kami memutuskan tidur di tepi jalan' kata lelaki itu memberi tips.




Kredit foto: Twitter



Lelaki itu juga menceritakan beberapa kegilaan yang lain antaranya berjalan kaki sejauh 5 kilometer dari hotel ke stesen bas terdekat di tengah hujan lebat.

Beliau kemudian menambah sepanjang pengembaraan di Milan, mereka hanya menginap di hotel semalam sahaja untuk mandi, mencuci pakaian dan 'tapau makanan' di meja buffet.

'Alhamdullilah, bayi tak meragam, isteri saya tidak pernah merungut kerana sudah biasa dengan cara saya cuma ada sekali dia menangis kerana sakit pinggang menggendong bayi kami dan beg galasnya selama 10 jam kerana penerbangan ditunda' tambah lelaki itu lagi.


Kredit foto: Twitter


Tips lelaki tersebut bagaimanapun dikecam netizen. Kebanyakan daripada mereka menuduh lelaki itu sengaja menyusahkan keluarganya untuk berjimat.


Kredit foto: Twitter  / Worldofbuzz
'Lelaki yang lemah adalah lelaki yang sanggup menyusahkan keluarga mereka demi memuaskan keinginan sendiri' kata netizen.

'Kalau tak ada duit, buat apa melancong? Jangan sampai terpaksa meminta sedekan di negara orang' tambah mereka lagi.



Kredit foto: Carian Google

Sememangnya melancong dengan kos rendah itu satu kepuasan tetapi apa gunanya jika sanggup mengabaikan keselamatan diri dan keluarga? - CARI

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 21-9-2019 09:06 AM
nak melancong tp, sbnrnya sengkek.. baik dok rumah jer.. xyah g mana2..
Quote Jorja 21-9-2019 09:11 AM
Wow 50 euros Tu harga minimum minyak wangi I sebulan, #syukur dgn rezeki yg diberi {:smile
Quote Miawlover 21-9-2019 09:13 AM
Nak melancong tapi bujek kurang, menyusahkan anak bini.
Quote amyza 21-9-2019 09:14 AM
Apa punya tips lah. Nak jimat tido tepi jalan,minum air paip,sumbat mknn buffet dlm beg. Siap bawak baby pulak tu. Rasa nak tepok dahi makpak bb.
Quote Boomibulat 21-9-2019 09:18 AM
Semoga org2 mcm kau x jd penyebab rakyat msia susah nk msk itali nti...
Quote Sang_Pencinta 21-9-2019 09:31 AM
Kah kah kah... Ini dah serupa tips backpacker mrlancong seminggu Jepun bsjet rm1k

Rupanya jln kaki dan makan maggi saja keluar masuk mall sbb tak perlu bayar tiket
Quote farlis 21-9-2019 09:36 AM
{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Quote bawangkecik 21-9-2019 09:37 AM
dia ada bagi explanation pastu pos ni dipadam. dan new post dia tu totally contradict dengan post asal.
kemudian pengikut fanatik backup kaw kaw.

dia ni dahla tinggal anak dia dalam 5 orang suruh student ke apa tah suruh jaga sementara melancong . Student tu dah bara sebab dok kena bangun 3 -4 pagi buat susu anak yang dia tinggalkan tu,

dekat twitterpun dah kecoh schoolmate semua cakap memang socalled ustaz ni perangai tak semenggah.

perempit agama.
Quote Bungalily19 21-9-2019 09:41 AM
Ya allah, klu dgn anak x payah la nak biat mcm ni ye. Klu dulu zaman meols student, selalu tidur airport je
Quote Beribear 21-9-2019 09:41 AM
Org mcm ni tak patut wujud.. Nak tunjuk ko melancong italy sanggup buat anak ko mcm tu.. Ko igt gelandangan ke apa. Kalau boleh gelandangan pon tak nak tidur tepi jalan.. Bini pon bo*oh.. Ehh tak tahu lahh
Quote Sang_Pencinta 21-9-2019 09:43 AM
bawangkecik: dia ada bagi explanation pastu pos ni dipadam. dan new post dia tu totally contradict dengan post asal. kemudian pengikut fanatik backup kaw kaw. dia  ...


Oh ada anak2 ditinggalkan lagi ke?

Sanggupnya merempit di negara orang dlm keadaan mcm tu

Selayaknya dikecam
Quote gummiebear 21-9-2019 09:50 AM
Orang travel, kau pun nak travel. Kesian baby tu, malam2 mesti sejuk. Dah tahu situ mahal, kau travel g yindon sudah lahh
Quote Artemesiaa 21-9-2019 09:51 AM
Tak mampu usah pergi penuhkan tabungan secukupnya barulah pergi.  Ni kalau dah sampai menyusahkan diri anak bini dan orang lain macam tu apa yang dapatnya.  Kalau kita tak suka tengok pelancong asing tidur bak gelandangan dinegara kita pasti mereka penduduk dinegara tu pun tak suka dengan perangai sebegitu.  Tak baik ajarkan benda kurang baik pada orang lain.
Quote nazzse 21-9-2019 09:53 AM
Bodoh laki ni dgn bini sekali bodoh mengikut... otak letak dkt lantai
Quote putu 21-9-2019 09:54 AM
Nk show off p tempat mahal2 tapi sengkek. Xmampu buatla cara xmampu
Quote sarah82 21-9-2019 09:56 AM
Kalau x mampu dok rumah.. Jangan dok menyusahkan anak isteri.. Kononnya zuhud.. Kamjad lelaki perangai mcm ni
Quote binipopeye 21-9-2019 10:06 AM
pape asal bergaya camni lah perangai.. xde duit nk travel buat cara xde duit... poket nipis dr otak perangai memang camni duit ciput ada hati g keliling eropah..
Quote EvieWanKenobi 21-9-2019 10:10 AM
pergi oberseas jadi gelandangan..
buat malu Malaysia je!
Quote EvieWanKenobi 21-9-2019 10:11 AM
Boomibulat replied at 21-9-2019 09:18 AM
Semoga org2 mcm kau x jd penyebab rakyat msia susah nk msk itali nti...

setuju.. sikit hari lagi kena mohon visa pulak nak pergi Itali..

Lihat semua komen(253)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.122984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top