Kecoh hari ini apabila dikatakan rangkaian telekomunikasi Celcom tidak dapat diakses lantaran mengalami gangguan. Memetik laporan Harian Metro, pihak Celcom Axiata Berhad mengesahkan hal tersebut dan kini sedang mengalami gangguan di seluruh negara susulan kerja-kerja penyelenggaraan.
Pengguna dikatakan tidak dapat mengakses internet sejak awal pagi tadi. Pun begitu, menerusi laman sosial syarikat itu, mereka memaklumkan masalah ini dapat diselesaikan pada jam 10 pagi ini. Namun, pihak Celcom memaklumkan sekiranya masih terdapat pengguna yang mengalami masalah selepas waktu berkenaan, diminta berhubung terus menerusi mesej di laman sosial.
Dalam pada itu, di Twitter dapat dilihat ribuan komen yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana masalah berkenaan. - CARI
|
Boomibulat replied at 20-9-2019 11:40 AM
Klu nk srlenggara mesti bg notis dulu kann..
crazybeach replied at 20-9-2019 01:01 PM
memang cialcom line internet start pukul 2 pagi tadi. iols tengah sedap baca thread kat bod mps teti ...
ADVERTISEMENT