Selepas kemenangan dramatik terhadap Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia berjaya melangkah kehadapan dengan satu lagi anak tangga di ranking terkini yang diatur Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Setelah kemas kini ranking terbaru, Harimau Malaya kini menaiki tangga ke 158 dunia, berbanding kemas kini ranking sebelum ini, iaitu tangga ke 159 pada 25 Julai 2019. Malaysia turut mencapai tangga ke 33 di peringkat Asia. Ini satu perkembangan yang harus dibanggakan buat skuad bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe.
Sementara itu, keadaan berbeza pula terjadi kepada pasukan kebangsaan Indonesia atau Skuad Garuda yang turun sehingga tujuh anak tangga, meletakkan mereka ke tangga 167 setelah kalah kepada Malaysia dan Thailand dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kejatuhan ini turut mempengaruhi kedudukan mereka pada peringkat Asia, di mana mereka kini di tangga ke 35.
Seterusnya Skuad Harimau Malaya akan menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Oktober, sebagai persiapan bagi perlawanan ketiga Kumpulan G bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Hanoi pada 10 Oktober ini. Bersama-samalah kita bersatu suara demi menyokong Malaysia agar melangkah ke pentas yang lebih besar dalam dunia bola sepak. Ayuh Harimau Malaya!- CARI |
ADVERTISEMENT