Sebelum ini, jika berlakunya perkahwinan yang melibatkan individu berumur bawah 17 tahun, ianya akan menjadi masalah yang sangat besar. Beberapa pihak akan menuduh ianya adalah isu pedophile apabila seseorang bernikah dengan kanak-kanak yang masih bersekolah, namun ada juga yang berpendapat bahawa wanita boleh berkahwin tidak mengira umurnya jika dia telah mencapai akil baligh.
Baru-baru ini, parlimen Indonesia telah berjaya menaikkan had umur untuk bernikah bagi wanita daripada 16 tahun kepada 19 tahun. Sebelum ini, perkahwinan bawah umur di Indonesia semakin menjadi-jadi dan hal ini telah meletakkan Indonesia pada kedudukan kelapan dalam senarai negara yang merekodkan perkahwinan bawah umur tertinggi. Jadi pada pendapat anda, perlukah Malaysia melakukan perkara yang sama dalam menetapkan had umur untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya mengharamkan mereka yang masih bersekolah untuk berkahwin. Bukannya kita mahu menidakkan jodoh ataupun mengawal hidup remaja ini, tetapi bukankah mereka masih tidak matang untuk berfikir dan berkahwin pada umur seawal zaman persekolahan?
Mungkin sesetengah daripada anda berpendapat bahawa ianya adalah logik untuk kanak-kanak bernikah kerana Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Aisyah yang ketika itu berumur 6 tahun, namun itu tidak boleh menjadi sebab untuk kita melakukan perkara yang sama kerana kita bukanlah maksum seperti Nabi. Wanita sepatutnya diberikan pendidikan yang cukup dan tidak ditindas seperti ini. Malaysia sepatutnya menetapkan umur berkahwin untuk mereka yang berada di bawah umur, sekurang-kurangnya selepas habis zaman persekolahan. Apa pendapat korang dalam isu ini, perlukah Malaysia melakukan perkara yang sama seperti Indonesia? Berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.- CARI
|
haitu replied at 20-9-2019 02:33 AM
kenape nak tiru indon malaysia lebih maju dan lebih suci molya lebih beriman darpada indon jangan ...
sapeka replied at 20-9-2019 10:37 AM
Kahwin awal muda sgt buat pe dik?
Banyak lagi potensi diri ko yang ko tak temui
Banyak lagi perkar ...
ADVERTISEMENT