CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Sebulu Katanya, Anggota Kumpulan De Fam Berpecah?

19-9-2019 12:59 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 17497| Komen: 62|Original author: Oleh: Saiful

Dulu ke sana ke mari mesti sama-sama, sekarang masing-masing macam lebih sibuk dengan kerjaya solo je?

Disebabkan itulah ramai yang mendakwa anggota kumpulan De Fam kini dah tak sebulu dan masing-masing bermasam muka. Betul ke?


Salah seorang anggota De Fam, Azira Shafinaz mengakui memang ada percanggahan pendapat tapi tidaklah sampai tak sehaluan.

Foto: IG
"Ya saya akui ada masa kami terasa dan tersilap kata sesama sendiri. Namun hal ini normal dalam mana-mana hubungan persahabatan dan kami pun tidak terlepas.

"Bagaimanapun, tiadalah sampai hendak berpaling tadah dan berundur daripada De Fam. Kami sentiasa menangani setiap perbezaan ini dengan cara matang dan capai kata sepakat yang terbaik.


"Buktinya, kami kini dalam proses menyiapkan keseluruhan aspek lagu baru selepas lebih dua tahun setengah menanti,"katanya kepada Harian Metro.



Tambahnya dua orang lagi anggotanya, Cik Manggis dan Sophia Liana mahu memastikan hasil kerja berkumpulan mereka pada tahap yang memuaskan.

"Tipulah kalau saya cakap kami tiada perbalahan tapi ia ditangani dengan profesional. Masing-masing ada cita rasa sendiri dan kami sesama sendiri menghormati hal ini.


"Menerusi lagu baru ini juga, kami sepakat untuk menanti hasil terbaik dan akhirnya setuju memilih sebuah lagu daripada tiga yang diberikan kepada kami dalam tempoh dua tahun lebih ini," tambahnya.

Oh begitu. Ingat sudah berpecah tadi. Tak sabar nak tunggu lagu baharu keluar. Mesti gempak! -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 19-9-2019 01:07 PM
Aritu kat era si sofia kena cabaran utk bgtau dlm dfam siapa plg x boleh nyanyi? Sheols sanggup minum air drpd bgtau. Tp sheols mmc ada bg hint jugak lps tu.. iols rasa azira.
Quote kechikchomel 19-9-2019 01:49 PM
Teringat syuk melawak kat Floor 88 masa ICSYV haritu.
Dia cakap biasanya klu group yg jadi artis jemputan, lepas tu mesti berpecah. Macam De Fam last season la.
Quote buragazz 19-9-2019 01:53 PM
Apsal.. Bulu si manggis dah bertukar hitam kah dan yang lain putih...
Quote luluaurora 19-9-2019 01:54 PM
Oooo azirabtu de fam upanya.. Igtkn pelajon baru..
Quote umbut 19-9-2019 01:58 PM
Azira ngan manggis glamour sikit..ada berlakon.. yg sorang tu cam x dikenali
Quote sfrnna 19-9-2019 02:04 PM
Eh sophia tu cantik pulak. Haritu rambut panjang macam x cantik ja.
Quote TalibanRock 19-9-2019 02:32 PM
x ambil pusing
Quote minahmanja 19-9-2019 02:48 PM
ari tu baru diorg ckp nnti mse abp, diorg ade perform, colab with stacy..
Quote ketambangkang 19-9-2019 02:56 PM
manggis tu nama betul dia ape sbnrnye?
Quote Managerara 19-9-2019 03:00 PM
ketambangkang replied at 19-9-2019 02:56 PM
manggis tu nama betul dia ape sbnrnye?

Mangoesteen
Quote LadyCarefree 19-9-2019 03:14 PM
RatuDunia94 replied at 19-9-2019 12:07 PM
Aritu kat era si sofia kena cabaran utk bgtau dlm dfam siapa plg x boleh nyanyi? Sheols sanggup minu ...

Bagus sofia. To dlam reramai sophia yng mcm low profile
Quote LadyCarefree 19-9-2019 03:15 PM
sfrnna replied at 19-9-2019 01:04 PM
Eh sophia tu cantik pulak. Haritu rambut panjang macam x cantik ja.

Azira klau depan mata esp klai xmake up mmang xkan tngok dua kali. Kalau makeup pun depan nata xla elok mcam kt ig. Tp kaki dia
Quote Lelli 19-9-2019 03:30 PM
ketambangkang replied at 19-9-2019 02:56 PM
manggis tu nama betul dia ape sbnrnye?


Nurshazwani Shamsuddin..

Iolss copy dr berita harian online knp diberi nama cik manggis..

Dikenali dengan nama berkenaan sejak zaman dirinya bergelar penuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, beliau tidak terfikir untuk menukar nama unik terbabit kepada yang lain.

"Semuanya bermula ketika saya menuntut di UiTM, Shah Alam, dalam bidang pengajian skrin pada 2007. Hendak dijadikan cerita, ketika itu ada empat rakan serumah yang dipanggil Wani. Jadi, untuk membezakan kami, kena ada cara lain untuk memanggil diri masing-masing.

"Akhirnya, teman-teman mula memanggil saya dengan nama Manggis kerana saya memiliki mata putih yang besar seperti isi buah manggis.
Quote fa1982 19-9-2019 03:31 PM
Suka tengok diorang dance, masing2 ada gaya sendiri. Yang dah kawen cik manggis sorang kan?
Quote YomiuriLandMae 19-9-2019 03:43 PM
Lelli replied at 19-9-2019 03:30 PM
Nurshazwani Shamsuddin..

Iolss copy dr berita harian online knp diberi nama cik manggis..

hahah cmtu je dpt nama gelaran.. choiii

Quote chentadearhati 19-9-2019 03:50 PM
Suka tgk azira .
Comei je ...badan pun santek..X gemuk sgt x kuwos sgt
Quote rayray28 19-9-2019 03:51 PM
Zira ni kdg muke leher badan bloated mcm mak2 org..kdg tu nampak slim..tp selalunya mmg bloated
Quote Lelli 19-9-2019 03:53 PM
YomiuriLandMae replied at 19-9-2019 03:43 PM
hahah cmtu je dpt nama gelaran.. choiii

Haippp...Haahahaaha
Mujur kwn2 sheolss bg nama manggis..klw bdk2 laki sekolah meolss dulu pnggil mata ikan lolong aka ikan selar  klw mata cm sheolss tu...kn x psl2 dpt nama LOLONG..Hehehe
Quote NurAlia14 19-9-2019 03:56 PM
rayray28 replied at 19-9-2019 03:51 PM
Zira ni kdg muke leher badan bloated mcm mak2 org..kdg tu nampak slim..tp selalunya mmg bloated

Kn..pdhal anak dare lg...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.042391 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top