CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Fuyoo Hebatnya, Mewah Betul!" - KTMB Perkenal Business Class Bersama ETS 2

27-9-2019 05:07 PM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 10685| Komen: 40|Original author: Blue Tiger


Perkhidmatan KTMB ETS sememangnya popular dan menjadi pilihan orang ramai berikutan servisnya yang pantas dan  boleh dipercayai akan  ketepatan waktunya. Maka tidak hairanlah tahun lepas sahaja, KTMB telah merekodkan bilangan pengguna  seramai 3.91 juta bagi servis tren eletrik tersebut.


KTMB telah mengumumkan satu berita baik melalui laman instagram mereka @ktmbofficial  bahawa mereka akan melancarkan servis terbaharu  iaitu ETS 2 bermula Oktober ini. Apa yang lebih istimewa ETS 2 dilengkapi dengan perkhidmatan business class yang menjanjikan lebih keselesaan kepada penumpang yang mengutamakannya.




Memetik sumber daripada instagram rasmi KTMB, @ktmbofficial berikut adalah fasiliti istimewa yang bakal dinikmati penumpang business class:

Kerusi penumpang yang lebih luas & lebar serta boleh diputar


Ruang dalaman koc business class ETS 2 yang dilengkapi kerusi penumpang yang lebih luas & lebar Foto- remaja.my


Setiap kerusi dilengkapi reading light, port usb,power socket & AVOD service. Penumpang juga boleh menikmati WiFi percuma dan menerima travel kit istimewa.


Tonton filem kegemaran sambil menikmati makanan yang disediakan Foto- Facebook KTM Berhad


Penumpang akan dilayan oleh pramaguri & pramugara yang bertugas



Barisan ramugari & pramugara yang akan melayan anda sepanjang perjalanan Foto-Facebook KTM Berhad


Bersempena dengan pengenalan servis terbaru ini, KTMB turut menawarkan tiket promosi berharga RM50 untuk dewasa bagi perjalanan  sehala antara KL Sentral dan Ipoh manakala  RM112 untuk perjalanan dari  KL Sentral ke Padang Besar, untuk tempoh antara 11 Oktober  dan 30 November 2019. 


Adakah anda teruja dengan servis ini? Jadi apalagi, tempahlah tiket anda sekarang. - CARI 


4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 27-9-2019 05:11 PM
bagus la ada peningkatan
Quote crazybeach 27-9-2019 05:17 PM
meanwhile untuk regular tren komuter tetap hauk takde improvement jah kan?? manjang nak kena tunggu 1-2 jam untuk next tren sampai. balik kerja lewat petang asik jah tetiba berhenti delay kami sedang menunggu isyarat dari pusat kawalan tren
Quote cclina2 27-9-2019 05:22 PM
crazybeach replied at 27-9-2019 09:17 AM
meanwhile untuk regular tren komuter tetap hauk takde improvement jah kan?? manjang nak kena tunggu  ...

begitulah kehidupan..sabar je la
Quote prettyuglybabe 27-9-2019 05:24 PM
nice... sanggup bayar lebih sikit asal selesa..
Quote Artemesiaa 27-9-2019 05:25 PM
Baguslah pengguna pun ada pilihan perhidmatan yang mereka boleh pilih ikut kemampuan
Quote Skuau 27-9-2019 05:25 PM
Takde ke idea KTM wujudkan balik 'ketapi senandung malam'..buat 'hotel bergerak'@produk pelancongan....???????
Quote damian_lee 27-9-2019 05:26 PM
crazybeach replied at 27-9-2019 09:17 AM
meanwhile untuk regular tren komuter tetap hauk takde improvement jah kan?? manjang nak kena tunggu  ...

dah la gerak macam siput
rasa nak tolak dari belakang jer

nasib baik bukan daily transportation
xdapat imagine orang yang guna KTM untuk pegi kerja
Quote munchkin 27-9-2019 05:29 PM
Nice....

....
Quote Kurex 27-9-2019 05:33 PM
Masa belajarbdulu, naik ktm dari seremban, turun klsentral utk tukar ke mid valley.. Hanat lambat!!!
Quote Miss.H 27-9-2019 05:45 PM
Woww bestnya. Hopefully pilihan makanan pun best gak.
Quote kechikchomel 27-9-2019 05:48 PM
Edited by kechikchomel at 27-9-2019 05:49 PM

Iolss pernah sekali je naik ets. Dari butterworth ke kl sentral.
Komuter lak iolss dah talak tiga kan sejak ada MRT
Quote msdummy.2018 27-9-2019 05:56 PM
damian_lee replied at 27-9-2019 05:26 PM
dah la gerak macam siput
rasa nak tolak dari belakang jer

mmg kenangan beb g kijer naik Komuter...sabar mmg kena bnyk....
Quote inspiro92 27-9-2019 06:04 PM
Edited by inspiro92 at 27-9-2019 10:05 AM
kechikchomel replied at 27-9-2019 09:48 AM
Iolss pernah sekali je naik ets. Dari butterworth ke kl sentral.
Komuter lak iolss dah talak tiga  ...


Kali pertama naik ets dr seremban ke utara mmg aku impress dgn  ketepatan waktunya. estimated time of arrival sama dgn actual time of arrival. Pertama kali dlm sejarah  hidup aku ktm arrive on time.second time naik antara benda yg x puas hati;  tray table rosak, seat sempit& seat cushion terlalu nipis & keras& banyak facilities dah mula rosak.contohnya tingkap banyak retak kena batu.
Quote wirazam 27-9-2019 06:05 PM
ETS yng dok ada ni pun dah ok  sgt dah...drpd perabis duit tingkatkan kemudahan yg certain org je boleh naik, why ko tambah gerabak ETS tu...manjang je sold out

kalau dah ada untung tu why not tambah tren lagi...ramai je yg nak naik ets kalau rega munasabah lah kann
Quote inspiro92 27-9-2019 06:08 PM
Edited by inspiro92 at 27-9-2019 10:53 AM
Skuau replied at 27-9-2019 09:25 AM
Takde ke idea KTM wujudkan balik 'ketapi senandung malam'..buat 'hotel bergerak'@produk pelancongan. ...


AAah kan.teri gin nak rasa naik sleeper train.dulu2 pasang angan2 satu hari aku mesti kene cuba senandung mlm.btw, aku pengguna setia ekspres rakyat & rasa bertuah sgt sebab sempat merasa malayan tiger train service.
Quote inspiro92 27-9-2019 06:11 PM
Miss.H replied at 27-9-2019 09:45 AM
Woww bestnya. Hopefully pilihan makanan pun best gak.

Asalkan jgn bg  sandwich sardin dgn mee goreng berminyak.harapnya ktmb buat  mcm Aa  so that penumpang boleh order food online masa book tiket.
Quote kechikchomel 27-9-2019 06:15 PM
inspiro92 replied at 27-9-2019 06:04 PM
Kali pertama naik ets dr seremban ke utara mmg aku impress dgn  ketepatan waktunya. estimated ti ...

Iolss masa naik ets haritu delay sikit. Sebab 2,3 hari sebelum tu ada gerabak tergelicir. Dorang tgh repair track lagi masa iolss naik tu. Tp ok la. Tak la lambat sangat
Quote inspiro92 27-9-2019 06:18 PM
wirazam replied at 27-9-2019 10:05 AM
ETS yng dok ada ni pun dah ok  sgt dah...drpd perabis duit tingkatkan kemudahan yg certain org je bo ...

X silap ktm dah pun oder 6 new train for ets 2 which include this one business class coach.so yeah harap utk ets standard  punya coach pun ade inprovement terutama dr segi seat. Seat skrg terlalu sempit & nipis. Sakit bdn kalau utk jalan jauh. Yg lain dah ok.cuma x sbr tungu double track utk section selatan pulak iap.lambat nau nak siapnya.
Quote budakpink 27-9-2019 06:21 PM
Kerusi biar empuk sikit..luas sikit..cafe tu biar jual makanan banyak n pelbagai.. Paling bagus kalau x yah p cafe nak order.. Letak je sistem order makanan kat kerusi.. Dah la kl penang smpai 3 jam lebih..  name pun bisnes clas..kene la clas2...nanti aku nak try p penang naik bisnes clas

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054008 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top