CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Bastard Seller!' - Kerana Nama Diguna Testimoni Produk, Dr. Imelda Naik Darah Dengan Dato Rizalman

19-9-2019 09:49 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 24393| Komen: 95|Original author: Sang_Pencinta

Umum tahu sememangnya Dr. Imelda Balchin, pakar perubatan keluarga popular dan menjadi doktor rujukan dalam rancangan Astro, Tanya Dr. Imelda sememangnya amat anti dengan penjualan produk-produk kecantikan yang menggunakan testimoni palsu dalam melariskan jualan mereka dan pernah menggelar doktor yang menjual produk sebagai tidak ada etika.




Kredit foto: Astro


Selain itu Dr.Imelda, seorang bekas Profesor Perubatan di Universiti Malaya juga pernah muncul dalam rancangan TV Alhijrah untuk berbahas dengan doula dan anti vaksin. Beliau juga semakin popular dengan penulisannya berunsur kesihatan di Facebook.


Oleh sebab itulah, sebagai pengamal perubatan yang tegas mengenai etika pegawai perubatan, Dr. Imelda baru-baru ini terkejut apabila menerima beberapa screenshot yang mengatakan beliau telah memberikan testimoni mengenai keberkesanan sebuah produk kosmetik yang dikeluarkan oleh pereka fesyen terkenal, Dato Rizalman menerusi syarikat Rinetworkpj.






Menerusi screenshot itu, Dato Rizalman dikatakan mempromosikan produknya menggunakan testimoni dan penyelidikan Dr.Imelda.

Naik darah dengan penyalahgunaan namanya, Dr. Imelda memuat naik status panjang menafikan penglibatannya. Beliau turut menggelar Dato Rizalman 'Bastard Seller'!

"Saya pun mengamuk. Kenapa tiba-tiba dapat banyak message orang tak puas hati kat saya? Apa yang saya buat? Saya tak buat apa-apa pun. Tapi bila saya lihat screenshot yang ada heading 'Testimonial daripada Dr Imelda' tetapi tidak ada kenyataan yang menyatakan Dr Imelda yang mana, dan ramai orang dah buat andaian ini Testimonial dari saya. Saya pun marah. Saya panggil ini BASTARD SELLER"


Kredit foto: Facebook


Tetapi adakah Dr. Imelda yang dikaitkan dalam screenshot itu adalah Dr. Imelda Balchin? 

Rupanya selepas mendapat penjelasan daripada adik iparnya, Dr. Imelda Balchin akhirnya mendapati bahawa doktor yang dimaksudkan dalam mesej Dato Rizalman itu bukanlah dirinya tetapi Dr. Imelda Fauzia Mohd Idzham. 



Kredit foto: Facebook


Seraya meminta maaf kepada Dato Rizalman , Dr.Imelda bagaimanapun turut meminta Dato Rizalman membersihkan nama Dr.Imelda Fauzia yang juga dikatakan tidak pernah memberikan sebarang testimoni.


"To Dato Rizalman, I am sorry to call you a BASTARD SELLER, clearly I am wrong because Liza adores you, and I know Liza to be a good judge of character, and all her friends that I have met are lovely, even though I still don't know half her cousins. But please help Dr.Imelda Fauzia by clearing her name and make a public statement that Dr IMELDA DID NOT MAKE ANY TESTIMONIAL"



Kredit foto: Carian Google


Berakhir drama kekeliruan ini ramai yang berpendapat puncanya kerana pihak pengeluar produk telah menggunakan nama individu tertentu untuk mempromosikan produk mereka.  

Mungkin juga kerana Dr.Imelda terlanjur membuat andaian segera sebelum menyelidiki individu sebenar yang dimaksudkan dalam mesej berantai tersebut.  

Apapun, adakah drama singkat ini akan melariskan produk kulit Dato Rizalman tersebut atau satu publisiti buruk? - CARI 

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • paxpaxpax

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote r_innalif 19-9-2019 09:57 AM
Boleh jd drama swasta. Tp x de drama pn dh sold out katanya. Mahal jg sebotol dkat 300. I foli ig dato sbb suke dgr dia bleter. Tp I x beli le produk tu.
Quote syadq 19-9-2019 09:58 AM
Harga sebotol RM 229 for 50 chewable tablets 650 mg
Quote Sang_Pencinta 19-9-2019 09:58 AM
r_innalif replied at 19-9-2019 09:57 AM
Boleh jd drama swasta. Tp x de drama pn dh sold out katanya. Mahal jg sebotol dkat 300. I foli ig da ...

Produk putihkan kulit ke??
Quote kucingitam 19-9-2019 09:59 AM
ada sesetngah perkara aku sokong dr imelda..ada juga yang tak...dlm kes ni dr imelda sentap tiberr....bukan dia srg nama imelda kot..nasib rizalman tak saman..
Quote r_innalif 19-9-2019 10:00 AM
Sang_Pencinta replied at 19-9-2019 09:58 AM
Produk putihkan kulit ke??

Lbih kurang. Berasaskan tomato. X sbut la bg putih, tp cntikkan kulit
Quote Sang_Pencinta 19-9-2019 10:03 AM
kucingitam replied at 19-9-2019 09:59 AM
ada sesetngah perkara aku sokong dr imelda..ada juga yang tak...dlm kes ni dr imelda sentap tiberr.. ...

Aku actually suka dengan Prof Dr. Imelda ni walau kelulusan akademik panjang berjela still cakap loghat pekat utara dia tu

Tapi sometimes dia berleter macam makcik makcik lah
Quote Sang_Pencinta 19-9-2019 10:05 AM
Dato Rizalman pun terus up sijil kelulusan KKM produk dia tu

Tapi sijil tu untuk kelulusan sebagai makanan tambahan (health supplement) sahaja

Masalahnya dia promo dalam sms /whatapps tuk clients  macam produk tu pemutih kulit
Bukan satu keasalahan ke??
Quote sarah82 19-9-2019 10:08 AM
Baik aku beli vitamin C now food 250 tab baru rm70 dari us ke malaysia.. Baki lagi rm159 boleh guna joli katak atau top up beli set TO.. Hahahaha
Quote jane_hopper 19-9-2019 10:15 AM
Iolls ada baca posting dr ni, bila sheolls tau rizalman tu kawan kakak ipar sheolls dan2 sheolls terus mintak maaf, chuolls x rasa dr ni bias ke? Means kalo org lain sheolls bole la bash suka ati? Tak ada makna sheolls nk mintak maaf mcm ni kan? Apa pny dr la, tak consistent lgsung
Quote coco 19-9-2019 10:18 AM
adoi takkan rizalman pun marketing strategy macam alip shukri... gaduh gaduh gaduh.... tuk popular kan produk.   but pil dia tu mahal nak mampos la....
Quote ais_kosong 19-9-2019 10:20 AM
Aku akui kali ni Dr Mel cepat sangat melatah.
Netizen pun check la dulu sebelum serang Dr Mel. Kawan tu dah la anti product hampa pun
pi serang dia lagu tu. Ngamuk la dia orang kait nama dia.
Ni tak pasal2 Dr Mel bersalah kat R.
Quote Sang_Pencinta 19-9-2019 10:21 AM
jane_hopper replied at 19-9-2019 10:15 AM
Iolls ada baca posting dr ni, bila sheolls tau rizalman tu kawan kakak ipar sheolls dan2 sheolls ter ...

Kan? Mentang2 Dato Rizalman tu kawan adik ipar dia dan2 minta maaf

Tapi katanya adik iparnya yakinkan dia Dato Rizalman ni orang baik2....
Quote Kurex 19-9-2019 10:24 AM
Dulu kau naik hantu bila artis nak keluarkan brand baju dorang.. Sekarang kau wahai bapok tua, penuh kepuraan, hipokrit, berangan galliano, berangan diva, kau jilat balik ludah kau. Sesuai dgn hidup kau yg berangan hebat tu. Kau pulak yg keluarkan product kecantikkan kau.. Lain kali wahai bapok, kau diam2 je la kalau artis tu nak keluarkan brand sendiri. Sebab ku sendiri mengaku kau interior designer walaupun kau cuma kelulusan fesyen uitm je... Berangan!!!!!
Quote jane_hopper 19-9-2019 10:26 AM
Edited by jane_hopper at 19-9-2019 10:29 AM
Sang_Pencinta replied at 19-9-2019 10:21 AM
Kan? Mentang2 Dato Rizalman tu kawan adik ipar dia dan2 minta maaf

Tapi katanya adik iparnya ya ...


Tau x per, imagine kalo rizalman tu org biasa, mmg die tak akan padam pun post BASTARD SELLER tu, ni nmpk mcm dr ni takut & rasa bersalah dan2 mintak maaf, bole plk mcm tu ye? Sdgkan iolls ok je dgn cara dr imelda ni nk educate people bkn haters sheolls pun tp bab mcm ni bole plk sheolls bias, mmg cannot brain la, yg rizalman plk bkn main lg ambil kesempatan bg hadiah product die dkt RPA, taktik nk promote, ewww
Quote Sang_Pencinta 19-9-2019 10:26 AM
Kurex replied at 19-9-2019 10:24 AM
Dulu kau naik hantu bila artis nak keluarkan brand baju dorang.. Sekarang kau wahai bapok tua, penuh ...

Multi talented sangat beliau kan? Fesyen designer + interior designer + cosmetologist

Sekarang macam ada bakat jadi chef jugak

fesyen dia dah tak laku ke?
Quote haryatie 19-9-2019 10:29 AM
mana la Dr Imelda x angin
tiba2 kena serang dgn netizen
aku suka follow Dr ni kat FB
dia mmg hentam produk timbang kilo
n segala benda alah yg ntah apa2 tp founder ckp semua bagus
nak pulak boleh ubat segala penyakit
Quote Kurex 19-9-2019 10:35 AM
Sang_Pencinta replied at 19-9-2019 10:26 AM
Multi talented sangat beliau kan? Fesyen designer + interior designer + cosmetologist

Sekarang ...

Multi talented kebendanyaaa..

Design dia biasa je, tapi kalau bukan sebab ada pekerja, design dia takkan menjadi.. Tu pun bapok ni dengan angkuh kata "akulah raja fashion"..

Bapok ni terpaksa la buat side income, sebab nama dia cuma brand, bukan fashion house.. Yg mana kalau dia mati, brand dia pun mati la..
Quote aya_D'Brutal 19-9-2019 11:05 AM
kucingitam replied at 19-9-2019 09:59 AM
ada sesetngah perkara aku sokong dr imelda..ada juga yang tak...dlm kes ni dr imelda sentap tiberr.. ...

yup..i pun setuju. Betul2 tak sangka dia boleh melatah sampai macam tu sekali...bastard seller???
siapa sangka kan...orang educated boleh guna ayat2 macam ni walaupun tak pasti lagi
betul ke refer pada dia. Ribut taufan pun ada nama Imelda...
Quote LadyCarefree 19-9-2019 11:09 AM
syadq: Harga sebotol RM 229 for 50 chewable tablets 650 mg



Siapalah bangang2 yg beli?

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.101682 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top