CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Jadi Biawak Hidup, Lelaki Pun Kena Tahu Buat Kerja Rumah

21-9-2019 09:20 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 9272| Komen: 79|Original author: HakirRahman

Selalu sangat kita dengar orang kata, perempuan kena tahu buat semua kerja rumah, lelaki tidak mengapa kalau tidak tahu. Sampai kadang-kadang meluat mendengarnya. 

Sampai jadi kebiasaan, lelaki dibiarkan hanya rehat bergoyang kaki di rumah, tetapi perempuan kena buat semua kerja. Tak salah pun untuk tahu dan tolong menolong untuk selesaikan kerja-kerja rumah. Lagi mudah dan rumah pun selesa sebab semua orang tahu buat. 


Lelaki pun kena buat kerja rumah! Foto: Google

Disebabkan itu, sebuah sekolah di Sepanyol membuat keputusan mengajar pelajar lelakinya membuat kerja-kerja rumah seperti menggosok baju dan memasak. Kemahiran asas yang sepatutnya semua orang tahu. 

Takkan gosok baju pun tak pandai? Foto:Facebook

Di Facebooknya, Colegio Montecastelo mendedahkan mereka mahu pelajar lelaki faham tentang kerja-kerja rumah yang sering dikaitkan dengan perempuan. Selain untuk keadilan lelaki dan perempuan, mereka juga mahu pelajar faham tugas asas itu sebenarnya tidak ada kaitan dengan jantina.

Kenalah tahu memasak juga. Foto: Facebook 

Bukan sahaja pelajar, ayah pun digalakkan menyertai kelas kerja rumah ini, supaya aman damai rumah tangga.

Ada juga kelas untuk ayah. Foto: Facebook

Di zaman sekarang, bila selalunya suami dan perempuan sama-sama bekerja cari rezeki, pembahagian kerja rumah ini sebenarnya penting. 

Suami/ayah/ abang/ adik lelaki anda boleh diharapkan untuk buat kerja rumah? Atau anda perempuan pun sebenarnya tak tahu buat? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-9-2019 09:33 AM
Ianya berbalik kepada keluarga tu sendiri kalau sedari kecil dah diajar untuk buat kerja itu ini tampa kira jantina pasti tak ada masaalah sampai nak kena diajar disekolah.  Masaalahnya ada antara mak pak sendiri yang tak pernah ajarkan itu semua sampai sanggup jadi bibik untuk anak2 mereka.  Ada yang hanya memperkudakan anak perempuan mereka untuk buat kerja sedangkan anak lelaki dibiarkan bak raja.  Ada semua anak2nya tak kira lelaki atau perempuan pun tak pernah diajar buat kerja dengan alasan supaya mereka hanya perlu tumpu untuk belajar dan lulus periksa saja.  Mereka2 inilah yang akan bermasaalah dikemudian hari.
Quote Bungalily19 21-9-2019 09:38 AM
Ouchh haha
Quote gummiebear 21-9-2019 09:42 AM
Malaysia patut buat kelas ni jugakk
Quote Bungalily19 21-9-2019 09:44 AM
Hehehehehehehe
Quote EvieWanKenobi 21-9-2019 10:17 AM
lagi elok kalau diajar sekali nak mengemas rumah
i.e. menyapu, mop lantai bagai..
Quote Pink_Purple 21-9-2019 10:22 AM
bagus ni..

bergantung kepada sikap,,malas atau rajin..kalau ada teori tapi malas xguna juga

kalau rajin tapi xde ilmu, boleh pelan2 belajar
Quote vespa_oren 21-9-2019 10:29 AM
Artemesiaa replied at 21-9-2019 09:33 AM
Ianya berbalik kepada keluarga tu sendiri kalau sedari kecil dah diajar untuk buat kerja itu ini tam ...

ada jmpa jenis yg last tu
last2 duduk ramai2 kt rumah org tua
bwa laki, bini, anak bagai
sbb xleh hidup sendiri
Quote fliphair8 21-9-2019 10:38 AM
Hakak bersykur ler selama berkahwin hardly menyapu, mengemop, cuci toilet ni....hakak masak basuh baju lipat kain sajork...terima kasih pada arwah mil sebab ajor anak jantan wat keje umah...
Quote yuki812 21-9-2019 10:43 AM
didikan dari ibu bapa sendiri.
anak perempuan dimomokkan harus pandai buat kerja umah..
anak laki harus dirajakan..
please..hapuskan mentaliti..mitos..khayalan atau dongengan sebegitu. zaman skrg..ibu bapa harus didik anak samarata buat kerja rumah.
Quote moonbug 21-9-2019 10:56 AM
We need this in Malaysia
Quote Catpaw 21-9-2019 11:36 AM
Ajar kemas sekali lepas guna dapur tu, bukan guna je biar sepah2. Apa2lah lepas guna kemas bukan biar je orang lain tolong kemas ajet2 ramai pembantu rumah tolong kau masak sedap sgt orang lain tak boleh masak sesedap ittew
Quote julielapadite 21-9-2019 11:45 AM
Pink_Purple replied at 21-9-2019 10:22 AM
bagus ni..

bergantung kepada sikap,,malas atau rajin..kalau ada teori tapi malas xguna juga

betul tu... bukan masalah tak pandai, tapi ini masalah TAK PEDULI. tak reti boleh diajar atau belajar, bukan rocket science pun malah bukan algebra pun nak fikir macam mana nak mop lantai rumah. main PUBG lagi susah mikio daripada langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengemop lantai.

Quote slavehunter 21-9-2019 11:49 AM
Dua adik lelaki aku dua2 pandai berdikari buat kerja rumah, kalau nasi takde dorang masak, rumah sepah tolong kemaskan, kipas kotor dia bersihkan semua hasil aku membebel bebel kat dorang masa kecik.
Quote Pink_Purple 21-9-2019 11:52 AM
julielapadite replied at 21-9-2019 11:45 AM
betul tu... bukan masalah tak pandai, tapi ini masalah TAK PEDULI. tak reti boleh diajar atau bela ...

selamat joint forum..

pemalas dan xkisah..lantak la rumah sepah, aku peduli haper..boleh tengok rumah sepah..xgeli ke..
Quote najib888 21-9-2019 12:05 PM
Tudia.. smpai kena buat special class..
Benda basic ja pun.. patut skill ni ada kat semua orang..

Selain routine chores , aku juga plumber,  electrician, handyman, repairman etc.

Tak jatuh standard apa pun kalau hang sorang CEO or MD balik rumah pegang penyapu & mop lantai rumah..
Quote CardiGans85 21-9-2019 12:25 PM
Nasib suami aku suka jemur baju dan vacuum rumah..hehehe..
Quote diggerr 21-9-2019 12:42 PM
Bagusssssss
Quote white_musk 21-9-2019 12:46 PM
najib888 replied at 21-9-2019 12:05 PM
Tudia.. smpai kena buat special class..
Benda basic ja pun.. patut skill ni ada kat semua orang..
...

Buat apa nak buat lagi bila boleh upah maid dik.
Orang tak de duit macam adik la kena buat semua tu.
Quote Kurex 21-9-2019 12:55 PM
Kurex akan ringankan beban para suami orang yang helok je

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.072217 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top