Umum mengetahui bahawa Lufya Omar dan suaminya Dr. Che Muhammad Faiz sedang menghadapi kemelut rumah tangga. Selepas wanita itu mendedahkan bahawa dia dilayan dengan buruk oleh suaminya, lelaki itu mengumumkan bahawa dia sudah menceraikan Lufya menerusi aplikasi Whatsapp.
Bagaimanapun wanita itu menafikan kenyataan suaminya itu dan meminta lelaki itu menceraikannya secara berhadapan dan dengan cara yang baik. Netizen yang mengikuti kisah rumah tangga mereka ini turut terdengar khabar angin bahawa doktor itu sebenarnya bernafsu songsang! Namun menerusi Gempak, Lufya telah menidakkan tuduhan tersebut. "Itu semua fitnah. Saya sebagai isteri lebih mengenalinya serta tahu baik buruknya dari keluarganya sendiri. "Dia bukan seorang gay, malah dia sangat bencikan kaum gay. Allah lebih mengetahui dan jauhkanlah fitnah tanpa bukti hanya kerana melihat kepada penampilannya. "Jika orang cakap pasal fotonya di aplikasi gay itu, bagi saya, ramai je gambar orang lain yang digunakan bagi tujuan fitnah atau suka-suka," jelasnya. Harapnya pergolakan rumah tangga mereka ini dapat diselesaikan secara waras dan tenang supaya anak mereka tidak terjejas dengan masalah ini. -CARI |
ADVERTISEMENT